YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 22, 2023

SUMBANGAN MAKANAN UNTUK GELANDANGAN DI BULAN RAMADAN

RM1,650 / 5.09 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM32,400

88 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program makanan untuk gelandangan. Jom rebut perluang ini!. Berinfaq selama 30 hari di bulan Ramadan!


Alhamdulillah kali ini kita diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadhan dengan penuh kemeriahan bersama insan tersayang. Tetapi tidak semua insan beruntung seperti kita. Gelandangan adalah golongan yang boleh dikategorikan sebagai fakir miskin di dalam negara kita. Mereka tiada tempat tinggal yang tetap. Mereka mengharapkan badan amal untuk memberi mereka makan kerana mereka tidak mempunyai dapur atau bahan untuk memasak.





Bagi gelandangan ini, menerima sebungkus nasi sudah cukup menjadi nikmat buat mereka. Mereka ini diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kami menyeru kepada anda semua untuk berkongsi rezeki kepada mereka sebagai tanda syukur diberi kenikmatan dan kesempatan beramal di bulan penuh berkah ini Mudah-mudahan setiap rezeki yang dikongsikan mendapat berkat dan redha Allah dan digantikan dengan kebaikan yang berganda-ganda. Kiraan selama satu bulan pada bulan ramadan adalah seperti berikut:


1. Seorang RM12 x 45 orang sehari RM540 sahur

2. Seorang RM12 x 45 orang sehari RM540 berbuka 

3. Total kos RM32,400




Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan ini untuk menyatuni gelandangan dengan menyediakan bantuan makanan sahur dan berbuka puasa untuk mereka. Kami dapati bahawa di tempat tersebut banyak golongan gelandangan yang akan menerima sumbangan sebanyak 45 orang sehari.



“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no.1746, dan Ahmad 5: 192)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR AL-HARITH BIN ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

RUSMALIZA JAAFAR

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat