PERTUBUHAN MIHRAB

Dimulakan pada Sep 02, 2021

BANTU ANAK TAHFIZ TERUSKAN PENGAJIAN

RM8,876 / 110.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

267 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Terdapat maahad tahfiz yang terjejas kerana tidak dapat beroperasi termasuk masalah kegagalan membayar yuran sekolah oleh ibu bapa. Pihak maahad menerima banyak surat rayuan yang memohon agar dilanjut
     Saban hari kita dihebahkan tentang peningkatan kes positif COVID19 dari hari ke hari. Pelbagai fasa pemulihan telah dilalui di musim COVID19 ini, terdapat banyak pusat maahad tahfiz yang terjejas operasi disebabkan oleh pelbagai masalah. Masalah utama ialah isu kegagalan pembayaran yuran sekolah kerana ada ibu bapa yang telah menerima notis diberhentikan kerja, perniagaan terpaksa ditutup, kematian ahli keluarga yang mencari nafkah dan sebagainya.


   
 Justeru itu, Kempen Tabung Prihatin ini diwujudkan bagi menimbulkan rasa prihatin dan kepekaan kita terhadap kesusahan serta kesempitan yang dihadapi oleh ibu bapa/penjaga pelajar-pelajar tahfiz dalam melunaskan pembayaran yuran sekolah seperti biasa.  Ia juga bertujuan untuk membantu maahad tahfiz yang terkesan agar dapat meneruskan perjuangan dan kelancaran operasi. Usaha ini akan membantu anak-anak tahfiz meneruskan pengajian mereka dan akhirnya memastikan adanya kesinambungan pembelajaran al-quran dan ilmu-ilmu Islamik lain yang berkaitan.


     Betapa besar saham dan pahala yang tuan/puan akan perolehi sekiranya membantu membiayai yuran pengajian anak-anak ini. Selagi mana ayat-ayat al-quran dibaca dan ilmu-ilmu yang diterima diamalkan oleh anak-anak tahfiz ini, selagi itulah pahala jariah berjalan ke atas tuan/puan, In Sha Allah.


     Oleh hal yang demikian, kami dari Pertubuhan Mihrab mengambil peranan sebagai badan kebajikan yang membantu mengumpul dan mendapatkan sumbangan untuk sama-sama membantu merealisasikan kempen ini. Ayuh sama-sama kita merebut peluang untuk menempah saham akhirat dengan berinfaq bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Anak Tahfiz. Yakinlah setiap ilmu dan adab yang diperoleh pelajar sepanjang meneruskan pengajian akan menjadi saham kekal buat insan-insan yang menbantu.


Berikut adalah butiran kos yang diperlukan:

RM400 seorang pelajar melibatkan 3 sesi pembelajaran iaitu:

1) 8.00am - 11.30am: subjek hafazan quran (RM260)

2) 11.30am - 1.00pm: subjek akademik (RM70)

3) 2.30pm - 4.00pm:  subjek akademik dan modal insan (RM70)


Seramai 200 pelajar tertunggak menyelesaikan yuran pengajian sehingga Ogos 2021.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 24, 2021

MOHD ZAKAWAN HAMID

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 19, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 12, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 05, 2021

Kempen Sumbangan Tamat