MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 10, 2025

TANGKI AIR BERSIH TAMBAHAN DIPERLUKAN UNTUK PEJUANG AL-QURAN

RM570 / 19.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Setitis air bersih yang kita salurkan hari ini, boleh menjadi lautan pahala di akhirat nanti. Bantulah kami menyediakan tangki air bersih untuk para penjaga kalamullah di tahfiz ini.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah diasaskan pada tahun 2009 lagi. Maahad ini telah melahirkan lebih kurang 100 pelajar lebih yang telah tamat dalam bidang pengajian Hafiz Al-Quran 30 juzuk. Maahad kami di sini seperti maahad yang lain juga serba kekurangan dalam pelbagai sumber dana khususnya dana pembangunan yang mana pihak maahad hanya memperolehi hasil sumbangan orang ramai yang membantu pihak maahad hingga kini.


Alhamdulillah, kami sudah memiliki tanah sendiri dan bangunan sendiri cuma masih terdapat kekurangan sumber air khususnya tangki air yang belum mencukupi keperluan anak-anak tahfiz. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen tangki air berikut bagi mencukupi keperluan anak-anak menghafal Al-Quran.



Bayangkan, di sebalik lantunan ayat suci yang kita dengar setiap hari, ada para pejuang Al-Quran yang sedang bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari kalamullah dalam keadaan serba kekurangan, termasuk kekurangan bekalan air bersih.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah kini sedang berusaha menyediakan tangki air tambahan untuk menampung keperluan harian para pelajar yang semakin bertambah. Keperluan asas ini amat penting untuk memastikan kelancaran pembelajaran, kebersihan dan ibadah harian mereka.


Setiap titisan air yang digunakan untuk berwuduk, mandi dan belajar, insyaAllah mengalir pahala buat para penginfaq yang menyumbang. Sabda Nabi SAW:


"Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya." (HR Imam Muslim)



Semoga setiap sumbangan anda menjadi saham akhirat yang berkekalan. Jazakumullahu khairan atas sumbangan dan kepedulian semua kepada anak-anak penghafal al-Quran ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2025

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 08, 2025

MAN BAHARRUM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2025

ZALEHA AHAMED KUTTY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2025

Kempen Sumbangan Tamat