Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 10, 2025
RM570 / 19.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
32 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah diasaskan pada tahun 2009 lagi. Maahad ini telah melahirkan lebih kurang 100 pelajar lebih yang telah tamat dalam bidang pengajian Hafiz Al-Quran 30 juzuk. Maahad kami di sini seperti maahad yang lain juga serba kekurangan dalam pelbagai sumber dana khususnya dana pembangunan yang mana pihak maahad hanya memperolehi hasil sumbangan orang ramai yang membantu pihak maahad hingga kini.
Alhamdulillah, kami sudah memiliki tanah sendiri dan bangunan sendiri cuma masih terdapat kekurangan sumber air khususnya tangki air yang belum mencukupi keperluan anak-anak tahfiz. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen tangki air berikut bagi mencukupi keperluan anak-anak menghafal Al-Quran.



Setiap titisan air yang digunakan untuk berwuduk, mandi dan belajar, insyaAllah mengalir pahala buat para penginfaq yang menyumbang. Sabda Nabi SAW:
"Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya." (HR Imam Muslim)

Semoga setiap sumbangan anda menjadi saham akhirat yang berkekalan. Jazakumullahu khairan atas sumbangan dan kepedulian semua kepada anak-anak penghafal al-Quran ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2025
RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 26, 2025