YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 30, 2023

SUMBANGAN DANA TAPAK PEMBANGUNAN MADRASAH FASA 2

RM1,085 / 10.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

63 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERSAMA MENYUMBANG KEPADA KEMPEN INFAQ BAGI PROJEK PEMBANGUNAN MADRASAH DI SIMPANG RENGGAM, JOHOR. INSYAALLAH!


Assalamualaikum wbt. Kekayaan manusia termasuk dalam rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Walaupun rezeki ini ditetapkan oleh Allah SWT, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran dan perasaan, kita semestinya menginginkan rezeki yang secukupnya ataupun lebih.


Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM2,000,000.00 untuk membangunkan sebuah madrasah bagi fasa 2. Selebihnya mengikut fasa untuk membentuk sebuah pusat pengajian warga dewasa yang cantik dan selesa. Tanah yang diwakafkan telah pun diratakan bertujuan untuk membina madrasah. Usaha kami dari Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempunyai hasrat dan cita-cita untuk mengumpul dana bagi membina sebuah madrasah untuk dimanfaatkan oleh penduduk sekeliling di Simpang Renggam, Johor.


Sedekah merupakan salah satu amalan yang boleh mendatangkan rezeki kepada kita. Membantu orang yang memerlukan, Allah pasti akan membantu kita saat kita memerlukanNya. Lebih banyak kita bersedekah, insya-Allah lebih banyak kita akan menerimanya. Amalan bersedekah ini amat dimuliakan oleh Allah SWT. Ini kerana dengan bersedekah bermakna kita peduli akan sesama manusia dan Allah menyukai hambaNya yang pedulikan makhluk yang diciptakanNya. Ini telah dibuktikan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah Al-Baqarah: 195)


Kami dengan berbesar hati ingin memanggil anda semua untuk bersama-sama menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan ke arah saham akhirat di mana membangunkan salah satu masjid di Desa UNAIS sebagai salah satu pusat pengajian warga dewasa. Pusat ini akan menempatkan warga dewasa dalam mencari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan semasa hari tua.


Kami akan mengumpul dana ini secara rutin sehingga dana yang diperlukan dipenuhi. Dari segi usaha mengumpul dana secara keseluruhan, kita telah berusaha mencari alternatif lain yang disyariatkan agama tanpa perlu meminjam dana bank, sudah tentu ada unsur riba. Tetapi kami juga tidak menutup diri, lebih-lebih lagi ini untuk kepentingan umat, kami juga telah berusaha untuk membeli tanah melalui pembiayaan bank Islam yang mana bank itu adalah tempat simpanan dana yang kami uruskan daripada penderma. Namun pembiayaan ini tidak boleh diluluskan kerana institusi yang kami uruskan adalah institusi bukan untung dan belum mempunyai badan amal perniagaan, tetapi semua dana untuk aktiviti institusi diperoleh daripada penderma.


“Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah akan melapangkan satu kesusahan padanya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya suka menolong saudaranya." (HR Muslim, Hadis Arba'in An Nawawi hadis 36)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

WAN AHMAD SYAZWAN BIN WAN SAGAR

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat