Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM670 / 13.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
34 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bayangkan setiap pagi, apabila bangun sahaja daripada tidur, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah di mana dan bagaimana cara untuk mendapatkan air bersih yang selamat untuk diminum. Inilah realiti yang dihadapi jutaan penduduk di Bangladesh.
Setiap hari mereka berdepan cabaran untuk mendapatkan akses air bersih. Kebanyakan sumber air yang ada di sana sudah dicemari arsenik yang boleh menyebabkan kanser hati, buah pinggang, pundi kencing dan kulit serta penyakit jantung.

Penduduk Bangladesh juga terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang jauh untuk mencari bekalan air bersih.
“Hidup kami sekeluarga sangat susah. Setiap hari, suami saya terpaksa membanting tulang untuk memastikan kami sekeluarga tidak kelaparan. Kami bukan sahaja menghadapi masalah kekurangan makanan, malah akses kepada air bersih juga sukar. Anak-anak saya selalu jatuh sakit disebabkan penggunaan air yang tercemar dan tidak selamat untuk diminum."

“Saya terpaksa berulang-alik tiga kali setiap hari untuk mengambil air bersih. Badan saya selalu sakit-sakit kerana kerap berjalan kaki dan membawa beban yang berat. Sejak mengetahui Islamic Relief bakal membina telaga tiub di sini, kami sekeluarga sangat teruja dan tidak sabar menantikannya. Syukur, akhirnya penderitaan kami bakal berakhir,” kata Anwara Begum.

Impak pembinaan projek telaga tiub di Bangladesh sangat besar. Jadi, mari bersama kita membantu meringankan beban mereka agar mereka juga dapat menikmati sumber air bersih dengan mudah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MUHAMMAD AKRAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2023
MUHAMMAD AKRAM
Menyumbang sebanyak RM30.00
Sep 25, 2023
MUHAMMAD AKRAM
Menyumbang sebanyak RM15.00
Sep 17, 2023
MUHAMMAD AKRAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2023
MUHAMMAD AKRAM
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 04, 2023