ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 27, 2023

HADIAHKAN TELAGA TIUB BUAT PENDUDUK BANGLADESH

RM670 / 13.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama kami menjayakan misi membina telaga tiub buat keluarga-keluarga yang tidak mendapat akses air bersih di Bangladesh. Setiap sumbangan anda, besar nilainya di mata mereka.


Bayangkan setiap pagi, apabila bangun sahaja daripada tidur, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah di mana dan bagaimana cara untuk mendapatkan air bersih yang selamat untuk diminum. Inilah realiti yang dihadapi jutaan penduduk di Bangladesh.

 

Setiap hari mereka berdepan cabaran untuk mendapatkan akses air bersih. Kebanyakan sumber air yang ada di sana sudah dicemari arsenik yang boleh menyebabkan kanser hati, buah pinggang, pundi kencing dan kulit serta penyakit jantung. 



Penduduk Bangladesh juga terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang jauh untuk mencari bekalan air bersih.

 

“Hidup kami sekeluarga sangat susah. Setiap hari, suami saya terpaksa membanting tulang untuk memastikan kami sekeluarga tidak kelaparan. Kami bukan sahaja menghadapi masalah kekurangan makanan, malah akses kepada air bersih juga sukar. Anak-anak saya selalu jatuh sakit disebabkan penggunaan air yang tercemar dan tidak selamat untuk diminum."

 


“Saya terpaksa berulang-alik tiga kali setiap hari untuk mengambil air bersih. Badan saya selalu sakit-sakit kerana kerap berjalan kaki dan membawa beban yang berat. Sejak mengetahui Islamic Relief bakal membina telaga tiub di sini, kami sekeluarga sangat teruja dan tidak sabar menantikannya. Syukur, akhirnya penderitaan kami bakal berakhir,” kata Anwara Begum.



Impak pembinaan projek telaga tiub di Bangladesh sangat besar. Jadi, mari bersama kita membantu meringankan beban mereka agar mereka juga dapat menikmati sumber air bersih dengan mudah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 01, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jul 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat