ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 26, 2022

SEDEKAH TILAM UNTUK PELAJAR TAHFIZ FASA 2

RM405 / 10.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Musim hujan kini melanda wilayah Indonesia, banyak pelajar tahfiz kedinginan pada waktu malam kerana hanya tidur di atas karpet. Jom berikan hadiah tilam untuk mereka!


“Tiada pagi yang berlalu melainkan dua malaikat turun. Salah seorang dari dua malaikat itu berkata: "Ya Allah, berikanlah pahala kepada orang yang menafkahkan hartanya."


Melihat kepada hadis riwayat Imam Al-Bukhari ini, ternyata setiap pagi yang kita lalui, ada dua malaikat yang turun dan memohon kepada Allah SWT agar memberikan pampasan atas harta yang kita agihkan untuk membantu orang yang memerlukan.



Janji Allah kepada setiap hamba yang menolong orang lain, maka Allah SWT akan melipatgandakan kebaikan mereka dan mereka juga akan mendapat pahala yang mulia. Jika diteliti lebih dalam, banyak pintu kebaikan yang bisa kita lalui untuk mencapai keredhaanNya. Bermula dari amal ibadah yang bisa kita lakukan hingga kepada sedekah yang bisa kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan.



Salah satunya adalah sedekah kepada pelajar tahfiz di Indonesia yang tinggal di kawasan pergunungan yang kini memasuki musim hujan dan suhu dingin semakin meningkat terutama pada waktu malam. Salah satunya seperti pelajar yang tinggal di Maahad Bahrul Jannah yang terletak di Bogor, Jawa Barat. Pelajar di maahad ini tidur di atas tilam yang nipis.



Dengan keadaan begitu, sudah tentu dapat membuat pelajar kedinginan pada waktu malam dan keadaan yang paling teruk jika perkara ini berterusan bisa menyebabkan pelajar terserang selesema yang bisa menjejaskan pada tingkat konsentrasi mereka dalam menghafaz Al-Quran dan belajar.



Oleh karena itu, mari kita sama-sama membantu pelajar tahfiz Al-Quran di Indonesia yang masih tidur di atas tilam nipis dan karpet. InshaAllah dengan sedekah yang anda berikan akan memberi kehangatan kepada pelajar tahfiz Al-Quran. Sedekah yang anda berikan akan diganti dengan yang terbaik oleh Allah SWT sebagai balasannya dan menjadi amal jariyah untuk anda dan keluarga.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

NUR AFIQAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

AZIZUL SABRI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2022

Kempen Sumbangan Tamat