Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM405 / 10.13 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
26 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Tiada pagi yang berlalu melainkan dua malaikat turun. Salah seorang dari dua malaikat itu berkata: "Ya Allah, berikanlah pahala kepada orang yang menafkahkan hartanya."
Melihat kepada hadis riwayat Imam Al-Bukhari ini, ternyata setiap pagi yang kita lalui, ada dua malaikat yang turun dan memohon kepada Allah SWT agar memberikan pampasan atas harta yang kita agihkan untuk membantu orang yang memerlukan.

Janji Allah kepada setiap hamba yang menolong orang lain, maka Allah SWT akan melipatgandakan kebaikan mereka dan mereka juga akan mendapat pahala yang mulia. Jika diteliti lebih dalam, banyak pintu kebaikan yang bisa kita lalui untuk mencapai keredhaanNya. Bermula dari amal ibadah yang bisa kita lakukan hingga kepada sedekah yang bisa kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Salah satunya adalah sedekah kepada pelajar tahfiz di Indonesia yang tinggal di kawasan pergunungan yang kini memasuki musim hujan dan suhu dingin semakin meningkat terutama pada waktu malam. Salah satunya seperti pelajar yang tinggal di Maahad Bahrul Jannah yang terletak di Bogor, Jawa Barat. Pelajar di maahad ini tidur di atas tilam yang nipis.
Dengan keadaan begitu, sudah tentu dapat membuat pelajar kedinginan pada waktu malam dan keadaan yang paling teruk jika perkara ini berterusan bisa menyebabkan pelajar terserang selesema yang bisa menjejaskan pada tingkat konsentrasi mereka dalam menghafaz Al-Quran dan belajar.

Oleh karena itu, mari kita sama-sama membantu pelajar tahfiz Al-Quran di Indonesia yang masih tidur di atas tilam nipis dan karpet. InshaAllah dengan sedekah yang anda berikan akan memberi kehangatan kepada pelajar tahfiz Al-Quran. Sedekah yang anda berikan akan diganti dengan yang terbaik oleh Allah SWT sebagai balasannya dan menjadi amal jariyah untuk anda dan keluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera.
Sudah berjalan 6 bulan lepas sejak gempa bumi Magnitudo 5.6 menggegarkan wilayah Cianjur, warga terjejas sudah beranjak untuk bangkit dan menjalani hidup. Walaupun beberapa dari mereka masih tinggal di khemah-khemah pelarian sederhana.
Alhamdulillah, hari ini pasukan Asar Humanity dapat mendistribusikan alas tidur kepada warga terjejas Gempa Bumi Cianjur maahad Yabunayya. Maahad ini menjadi salah satu mangsa gegaran gempa. Di sana pengasas dan pelajar maahad sangat berantusias dan senang dengan kedatangannya perlengkapan yang diberikan. Perwakilan pengasas maahad mengucapkan terima kasih atas dari penyumbang. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Semoga keberkahan dan pahala berlipat Allah SWT ganjarkan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Semoga tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT.
Alhamdulillan tuan-tuan dan puan-puan, pada hari Sabtu, 7 Januari Asar Humanity telah menyampaikan amanat dari Anda berupa tilam untuk pelajar di Maahad Bahrul Jannah yang terletak di Desa Citalahap Tengah, Desa Tanjungsari, Kecamatan Nanggung, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia.


Derma yang dikumpul di halaman kempen ini sebelum ini telah digabungkan dengan kempen lain untuk memberikan manfaat yang lebih luas. Sehingga seramai 47 orang pelajar di maahad ini menerima hadiah daripada tuan-tuan dan puan-puan berupa tilam dan bantal yang boleh digunakan untuk berehat pada waktu malam. Sebaliknya, kebanyakan pelajar yang belajar agama di maahad ini berasal daripada keluarga duafa, dan ini menyebabkan mereka sukar untuk memenuhi keperluannya.


Selain itu, ketika pasukan Asar Humanity menyampaikan amanat daripada tuan-tuan dan puan-puan, dan ketika pelajar-pelajar di Maahad Bahrul Jannah menerima tilam dan bantal, mereka sangat bersemangat dan gembira. Malah senyuman yang terukir di wajah mereka tidak pudar. Dan alhamdulillah, sejak menerima tilam dan bantal ini, mereka boleh berehat dengan selesa dan hangat pada waktu malam berbanding sebelum ini hanya beralaskan karpet.


Semoga kebaikan tuan dan puan Allah SWT balas dengan sebaik-baiknya balasan, semoga Allah SWT kabulkan hajat-hajat tuan dan puan sekelurga, semoga Allah SWT selalu limpahkan kasih sayang dan keridhoan kepada tuan dan puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal ‘aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 27, 2022