Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM920 / 6.13 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
40 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Perang di Palestin masih belum reda. Malah semakin hari semakin memburuk. Rumah-rumah terus musnah, anak-anak terus menangis ketakutan, dan ramai yang kehilangan ibu bapa, keluarga serta tempat tinggal.
“Barang siapa yang tidak mengambil peduli urusan saudaranya yang lain, maka dia bukan dari golongan kami.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Di saat dunia mula membuka mata, menyuarakan sokongan untuk menghentikan kezaliman ini, namun hakikatnya penderitaan tetap berlanjutan. Setiap serangan membawa lebih banyak air mata. Setiap hari ada kanak-kanak yang menjadi yatim, dan ramai yang terpaksa hidup dalam kem pelarian tanpa bekalan makanan, tanpa air bersih, tanpa sebarang rasa aman.
Anak-anak Palestin tidak minta lahir di tanah yang penuh dengan debu dan runtuhan. Mereka tidak pernah meminta untuk menjadi saksi kepada kekejaman. Mereka hanya mahu hidup seperti anak-anak lain, mahu bermain, belajar dan dibesarkan dengan kasih sayang.

Namun apa yang mereka hadapi hari ini hanyalah ketakutan, kelaparan dan kehilangan. Mereka tidur atas tanah, berlindung dengan kain yang koyak dan makan apa sahaja yang masih ada. Ada yang duduk sendirian di tepi jenazah ibu bapa. Tidak tahu ke mana harus pergi, tidak tahu siapa lagi yang tinggal.
ASAR Humanity telah lama berusaha menghantar bantuan ke Palestin. Kami telah menyalurkan makanan siap dimakan, air bersih dan juga mainan untuk anak-anak yang kehilangan kegembiraan mereka. Walaupun kecil, kami percaya bahawa setiap sumbangan membawa harapan. Setiap senyuman yang lahir daripada bantuan itu adalah tanda bahawa mereka masih ada yang peduli.

Melalui kempen ini, kami mengajak anda untuk terus bersama kami membantu mereka. Sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan program trauma healing, mainan dan keperluan asas yang amat diperlukan oleh anak-anak dan keluarga di Gaza.

Dalam keadaan yang serba kekurangan ini, kita masih boleh menjadi cahaya kecil dalam gelap mereka. Kita masih boleh menjadi tangan yang menyentuh hati mereka. Ayuh bersama kami, teruskan menyokong. Semoga Allah redha atas setiap usaha yang kita lakukan.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Saudara seiman yang dirahmati Allah,
Walaupun telah diumumkan gencatan senjata pada 20 Oktober 2025, realiti yang sedang berlaku di Gaza Strip menunjukkan bahawa derita rakyat Palestin masih berlanjutan dan semakin memburuk.

Kenapa Kita Tidak Boleh Berhenti?
1. Ribuan keluarga masih hidup dalam khemah atau bangunan rosak, dengan bekalan makanan asas dan air bersih yang sangat terhad.
2. Kanak-kanak menghadapi ancaman kelaparan dan malnutrisi yang teruk, manakala sistem kesihatan hampir lumpuh.
3. Setiap hari yang berlalu tanpa tindakan adalah satu hari lagi penderitaan mereka yang tidak berdosa.

ASAR Humanity kekal komited untuk terus menghantar bantuan makanan panas, stok makanan serta keperluan asas ke dalam kem pengungsian Palestin. Bukan sekadar untuk menjaga mereka hidup, tetapi menjaga harapan mereka untuk hidup layak dan bermaruah.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)

Mari kita berdiri bersama saudara-saudara kita di Gaza. Setiap sen sedekah, setiap doa dan setiap perkongsian — adalah suara keadilan yang tidak akan padam.
Kita tidak akan berhenti, selagi tangisan anak-anak Palestin masih terdengar.
Semoga Allah SWT menerima amal kita semua.
#SelamanyaJagaPalestina

ASAR Humanity – Terus Berdiri Bersama Palestin
Kami tidak menentang mana-mana negara yang menjaga keselamatannya, termasuk Mesir. Tetapi kami juga tidak dapat menafikan hakikat bahawa di sebalik tembok sempadan itu, manusia sedang mati perlahan-lahan. Kami menuntut agar tindakan kemanusiaan diutamakan. Pintu bantuan mesti dibuka, suara mereka mesti didengar.
Dunia tidak boleh terus berdiam diri.
Kita tidak boleh hanya menonton sambil pembunuhan beramai-ramai ini berlaku di depan mata kita. Diam juga adalah satu bentuk sokongan terhadap kezaliman.
"Sesiapa yang tidak peduli akan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."
— (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Jangan biarkan penderitaan Palestin dilupakan. Jangan biarkan suara mereka dibungkam. Bersama kita salurkan bantuan, bersama kita suarakan keadilan.
#BersamaPalestin
#KemanusiaanTanpaSempadan
#JanganDiamAtasKezaliman
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 15, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 11, 2025
FATINLIYANA BAHARUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025