ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 17, 2025

SOKONG PROGRAM PULIHKAN TRAUMA UNTUK ANAK ANAK PALESTIN

RM920 / 6.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Anak-anak Palestin tidak minta lahir di tanah yang penuh dengan debu dan runtuhan. Mereka juga anak-anak yang berhak untuk hidup seperti anak anak lainnya. Jom bantu!


Perang di Palestin masih belum reda. Malah semakin hari semakin memburuk. Rumah-rumah terus musnah, anak-anak terus menangis ketakutan, dan ramai yang kehilangan ibu bapa, keluarga serta tempat tinggal.


“Barang siapa yang tidak mengambil peduli urusan saudaranya yang lain, maka dia bukan dari golongan kami.”

(Hadis Riwayat Muslim)



Di saat dunia mula membuka mata, menyuarakan sokongan untuk menghentikan kezaliman ini, namun hakikatnya penderitaan tetap berlanjutan. Setiap serangan membawa lebih banyak air mata. Setiap hari ada kanak-kanak yang menjadi yatim, dan ramai yang terpaksa hidup dalam kem pelarian tanpa bekalan makanan, tanpa air bersih, tanpa sebarang rasa aman.


Anak-anak Palestin tidak minta lahir di tanah yang penuh dengan debu dan runtuhan. Mereka tidak pernah meminta untuk menjadi saksi kepada kekejaman. Mereka hanya mahu hidup seperti anak-anak lain, mahu bermain, belajar dan dibesarkan dengan kasih sayang.



Namun apa yang mereka hadapi hari ini hanyalah ketakutan, kelaparan dan kehilangan. Mereka tidur atas tanah, berlindung dengan kain yang koyak dan makan apa sahaja yang masih ada. Ada yang duduk sendirian di tepi jenazah ibu bapa. Tidak tahu ke mana harus pergi, tidak tahu siapa lagi yang tinggal.


ASAR Humanity telah lama berusaha menghantar bantuan ke Palestin. Kami telah menyalurkan makanan siap dimakan, air bersih dan juga mainan untuk anak-anak yang kehilangan kegembiraan mereka. Walaupun kecil, kami percaya bahawa setiap sumbangan membawa harapan. Setiap senyuman yang lahir daripada bantuan itu adalah tanda bahawa mereka masih ada yang peduli.



Melalui kempen ini, kami mengajak anda untuk terus bersama kami membantu mereka. Sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan program trauma healing, mainan dan keperluan asas yang amat diperlukan oleh anak-anak dan keluarga di Gaza.



Dalam keadaan yang serba kekurangan ini, kita masih boleh menjadi cahaya kecil dalam gelap mereka. Kita masih boleh menjadi tangan yang menyentuh hati mereka. Ayuh bersama kami, teruskan menyokong. Semoga Allah redha atas setiap usaha yang kita lakukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2025

MEOR ROSAZMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM40.00

Jun 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 20, 2025

BIBISABJAN BINTI MOHD KHAN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 20, 2025

Kempen Sumbangan Tamat