BANTU ASNAF MENUJU KE BAITULLAH

Dimulakan pada:
13 Jun, 2025
BANTU ASNAF MENUJU KE BAITULLAH
4.78%
RM2,390
/RM50,000
118
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

KEMPEN INI DIADAKAN UNTUK MEMBANTU ASNAF YANG TIDAK BERKEMAMPUAN MENUNAIKAN UMRAH DI TANAH SUCI MEKAH. JOM BANTU!

Bayangkan seorang ibu tua yang tinggal di rumah usang, setiap hari mendirikan solat menghadap kiblat, namun dalam hatinya terpendam rindu yang tidak pernah padam untuk sujud di hadapan Kaabah, rumah Allah yang suci. Menjadi impian semua umat muslim menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Tapi hidupnya hanya cukup untuk makan seadanya. Impian itu kekal sebagai doa yang tidak pernah lelah dipanjatkan, saban malam.

Begitu juga dengan saudara-saudara asnaf lain. Warga emas, ibu tunggal, mualaf, dan mereka yang diuji dengan kesempitan hidup. Mereka menyimpan harapan yang sama untuk menjadi tetamu Allah walau sekali seumur hidup. Namun, keadaan hidup yang serba kekurangan menjadikan impian itu seolah-olah terlalu jauh dari genggaman.

Dengan rasa penuh prihatin, Yayasan Amal Maaruf Malaysia melancarkan Tabung “Jom Taja Umrah Asnaf” sebagai satu usaha murni untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan menunaikan umrah. Tabung ini diwujudkan khusus untuk memberi peluang kepada golongan asnaf yang layak, agar mereka turut merasai nikmat menjadi tetamu Allah di bumi barakah.

Melalui tabung ini, anda boleh menyumbang serendah RM10 untuk bersama menjayakan impian mereka. Walaupun kecil pada nilai manusia, namun besar ertinya buat mereka yang terlalu lama menunggu. Sumbangan anda bukan sahaja memudahkan perjalanan mereka, bahkan menjadi saham akhirat buat anda yang memberi.

Mari kita bersama-sama menghulurkan tangan, menjadi penyambung harapan dan penyebab kepada linangan air mata syukur. Semoga setiap langkah kebaikan ini menjadi pahala yang terus mengalir buat kita semua. Jom taja umrah asnaf bersama Yayasan Amal Maaruf Malaysia kerana mereka juga layak merasai nikmat menjadi tetamu Allah.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

07 Jul 2025

Kempen Bantu Asnaf Menuju ke Baitullah ini dianjurkan bagi membantu golongan asnaf yang belum pernah menunaikan ibadah Haji atau Umrah, agar mereka berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Golongan asnaf yang dipilih mestilah sihat tubuh badan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Seramai 40 orang jemaah akan dipilih untuk menyertai rombongan ini, bergantung kepada jumlah infaq yang berjaya dikumpulkan sepanjang kempen berlangsung. Keluarga kepada bakal jemaah juga digalakkan untuk turut serta menyumbang secara berkala, dengan jumlah serendah RM10 sebulan, sebagai tanda sokongan dan komitmen bersama.

Bagi individu dan syarikat yang menjadi pembayar cukai, sumbangan anda melalui Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) boleh digunakan untuk tuntutan pelepasan cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Semoga segala sumbangan yang diberikan akan menjadi asbab keberkatan hidup dan ganjaran pahala berpanjangan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 273:

“Dan apa sahaja kebaikan yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 24, 2025
MOHD KHAIRUL ANAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 24, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ BINA KOLAM HARAPAN UNTUK PELAJAR MAAHAD
INFAQ PEMBESAR SUARA TAHFIZ
PROGRAM INFAQ IQRA DAN QURAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF
SANTUNI IFTAR BUKA PUASA RAMADHAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF
INFAQ AIR BOTOL MINUMAN UNTUK ANAK TAHFIZ BERBUKA PUASA
Kempen Sumbangan Tamat