MASJID PARIT SETONGKAT

Dimulakan pada Oct 18, 2023

TABUNG VAN JENAZAH BARU UNTUK MASJID PARIT SETONGKAT

RM445 / 0.89 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

23 Penyumbang

Hari Terakhir

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami sangat memerlukan sebuah kenderaan yang lebih baru dan selesa supaya dapat memberikan khidmat yang lebih baik kepada ahli kariah dan masyarakat setempat. Bantu kami!


Unit Pengurusan Jenazah, Masjid Parit Setongkat adalah sebuah unit sukarela yang menjalankan aktiviti khidmat pengurusan jenazah ahli kariah masjid dan masyarakat sekitar daerah Muar serta membantu Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dalam khidmat penghantaran jenazah sekitar daerah Muar khasnya dan kawasan luar amnya.



Ketika ini, unit kami menggunakan sebuah van Ford Spectron keluaran tahun 1993 sebagai kenderaan jenazah untuk menghantar jenazah sekitar daerah Muar dan kawasan-kawasan luar termasuk Kuala Terengganu, Bota Kiri, Keratong dan lain-lain kawasan yang diperlukan. Sehingga ke hari ini setelah hampir 7 tahun berkhidmat, van uzur ini telah membawa hampir 550 jenazah termasuk 150 jenazah Covid-19.



Untuk makluman semua, sepanjang hampir 7 tahun berkhidmat van in telah 2 kali terlibat dengan kemalangan semasa membawa jenazah. Kemalangan yang pertama berlaku semasa membawa jenazah Covid-19 dan dirempuh daripada arah sebelah kiri menyebabkan pintu sliding rosak teruk. Kemalangan yang kedua berlaku akibat dirempuh dari hadapan ketika dalam perjalanan menghantar jenazah biasa ke Parit Yusop, Muar.



Untuk tahun ini kami sudah mula mengurangkan perjalanan yang jauh-jauh untuk menghantar jenazah akibat daripada keuzuran van sedia ada. Tumpuan lebih terarah untuk membantu masyarakat sekitar Muar, Batu Pahat, Segamat, dan Melaka.



Berdasarkan keadaan van yang semakin uzur ini, maka kami sangat memerlukan sebuah kenderaan yang lebih baru dan selesa supaya dapat memberikan khidmat yang lebih baik kepada ahli kariah dan masyarakat setempat serta mampu digerakkan ke mana-mana kawasan untuk menghantar jenazah tanpa sebarang masalah. InsyaAllah. InsyaAllah. Marilah bersama-sama membantu kami!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HA

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024