MASJID PARIT SETONGKAT

Aktif sejak Oct 18, 2023

Tentang Penganjur

Unit Pengurusan Jenazah, Masjid Parit Setongkat adalah sebuah unit SUKARELA yang menjalankan aktiviti khidmat pengurusan jenazah ahli kariah masjid dan masyarakat sekitar daerah Muar serta membantu Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dalam khidmat penghantaran jenazah sekitar daerah Muar khasnya dan kawasan luar amnya. Ketika ini, unit kami menggunakan sebuah van Ford Spectron keluaran tahun 1993 sebagai kenderaan jenazah untuk menghantar jenazah sekitar daerah Muar dan kawasan-kawasan luar termasuk Kuala Terengganu, Bota Kiri, Keratong dan lain-lain kawasan yang diperlukan. Sehingga ke hari ini setelah hampir 7 tahun berkhidmat, van uzur ini telah membawa hampir 550 jenazah termasuk 150 jenazah Covid 19. Berdasarkan keadaan van yang semakin uzur ini, maka kami sangat memerlukan sebuah kenderaan yang lebih baru dan selesa supaya dapat memberikan khidmat yang lebih baik kepada ahli kariah dan masyarakat setempat serta mampu digerakkan ke mana-mana kawasan untuk menghantar jenazah tanpa sebarang masalah. InsyaAllah.

MASJID PARIT SETONGKAT KM.3, JALAN SALLEH , 84000, MUAR, Johor, Malaysia
mpsetongkat@gmail.com
173565495
69501158