MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ AL FATHI

Dimulakan pada Aug 18, 2022

MEMOHON SUMBANGAN VAN SEKOLAH PELAJAR TAHFIZ

RM480 / 0.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM120,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita ringankan beban pelajar mittaf untuk membeli sebuah van bagi kegunaan harian supaya mereka tidak perlu berjalan kaki lagi ke masjid, berulang alik ke sekolah dan menghadiri program keagamaan.


Bantu Kami Lahirkan Generasi Al Quran Rabbani. "Barangsiapa yang menghabiskan siang dan malamnya mengumpul kekayaan kerana bimbang akan miskin, maka sesungguhnya dia telah miskin." - Imam Al-Ghazali -



Orang yang mengumpulkan harta kerana takut akan miskin adalah orang yang rugi. Sebaliknya, orang yang mengumpulkan harta dan membelanjakannya di jalan Allah adalah orang yang beruntung kerana mereka melabur untuk saham di akhirat dan yakin dengan ganjarannya. Bahkan di dunia juga Allah akan melipat gandakan hartanya kerana bersedekah tidak akan mengurangi harta.



Oleh itu, marilah sama-sama belanjakan sedikit harta kita menyumbang dalam infaq pembeliaan van utk kegunaan Pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Al-Fathi. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat bantu menampung kos utk membeli van pelajar asrama mittaf. Van ini diperlukan untuk kegunaan ulang alik ke sekolah, sembahyang jumaat dan menghadiri program-program keagaaman serta program sekolah.



Untuk makluman semua, pelajar mittaf terdiri daripada 50 org pelajar asrama lelaki. Kini mereka mempunyai van yg telah uzur dan selalu rosak. Warden pula perlu berulang alik membawa pelajar dan ada sebahagian pelajar perlu berjalan kaki dengan jarak yang jauh dari sekolah. Kami memohon bantuan para penyumbang untuk memudahkan urusan anak-anak ini untuk memudahkan proses pembelajaran mereka.



Jom sahabat semua kita mulakan hari kita dengan bersedekah. Semoga tuan/puan dianugerahkan kemudahan, kekayaan, dan kesihatan yang berpanjangan. Amiin In syaa Allah.


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat