Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN
Dimulakan pada Sep 11, 2023
RM345 / 0.69 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak institusi agama yang mengalami masalah air yang sangat teruk.
PROJEK PEMBINAAN TELAGA AIR DAN SISTEM SALIRAN BERSISTEMATIK
B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di masjid/ surau/ pondok tahfiz and madrasah yang lain.
Kami mengalu-alukan anda semua yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek telaga air ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah Al-Baqarah: 261)
LOKASI YANG INGIN DIBANTU SECARA MENYELURUH
Pihak institusi agama kini memerlukan bantuan awam untuk melestarikan projek telaga air mereka yang mana antara permasalahan utama yang sering mereka hadapi adalah sering terputus bekalan air serta tekanan air yang sangat rendah menyebabkan mereka kekurangan sumber air bersih.
Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan pengerusi masjid/ mudir madrasah dan tahfiz berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan jemaah masjid dan pusat tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan di sana.
Masjid ini merupakan lokasi diatas pergunungan tinggi di Yala, Thailand. Permasalahan air yang sangat kronik ditambah pula kurang teknologi yang dapat membantu komuniti di sana.
FASA PROJEK
KOS DIPERLUKAN
Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi Projek Air Bersih ini. Lebihan dana tersebut akan digunakan untuk projek yang lain atau sumbangan projek umum. Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.
"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewakafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi."
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Projek Siap
Projek Fasa Akhir
fasa 3
fasa 2
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2023
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2023
IMRAN MUSTAPHA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2023
ABDUL KARIM BIN MOHAMED
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2023