PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Sep 11, 2023

INFAQ AIR BERSIH UNTUK PAHALA MENGALIR KE JANNAH

RM345 / 0.69 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq Air Bersih merupakan projek utama yang digerakkan oleh BHumanity. Projek air ini mampu memberikan sistem air yang selamat dan memberi manfaat yang menyeluruh kepada komuniti tersebut.


B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak institusi agama yang mengalami masalah air yang sangat teruk.



PROJEK PEMBINAAN TELAGA AIR DAN SISTEM SALIRAN BERSISTEMATIK


B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di masjid/ surau/ pondok tahfiz and madrasah yang lain.



Projek Infaq Air yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini di Pusat Pengajian Ulum Arabiah, Kuala Ketil, Kedah.



Kami mengalu-alukan anda semua yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek telaga air ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah Al-Baqarah: 261) 




LOKASI YANG INGIN DIBANTU SECARA MENYELURUH



















Pihak institusi agama kini memerlukan bantuan awam untuk melestarikan projek telaga air mereka yang mana antara permasalahan utama yang sering mereka hadapi adalah sering terputus bekalan air serta tekanan air yang sangat rendah menyebabkan mereka kekurangan sumber air bersih.


Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan pengerusi masjid/ mudir madrasah dan tahfiz berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan jemaah masjid dan pusat tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan di sana.



Masjid Darussalam, Kg Labu, Yala


Masjid ini merupakan lokasi diatas pergunungan tinggi di Yala, Thailand. Permasalahan air yang sangat kronik ditambah pula kurang teknologi yang dapat membantu komuniti di sana.



Air kolah masjid kekeringan kerana air utama tidak sampai ke atas masjid.



Tangki simpanan besar juga kekeringan dan hanya mengharapkan air hujan turun.



KEJAYAAN KAMI BANGUNKAN SISTEM GALIAN TELAGA DAN SALIRAN YANG LEBIH BERSISTEMATIK

Tangki simpanan masjid mengharapkan air hujan. Adakala musim kemarau, air tidak dapat menampung kepasiti penggunaan.





FASA PROJEK



KOS DIPERLUKAN



Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi Projek Air Bersih ini. Lebihan dana tersebut akan digunakan untuk projek yang lain atau sumbangan projek umum. Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.


"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewakafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi."


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat