Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM5,085 / 0.51 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000
241 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami dengan berbesar hati ingin memanggil anda semua untuk bersama-sama menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan kearah saham akhirat dimana membangunkan salah satu masjid di Desa UNAIS sebagai salah satu pusat pengajian warga dewasa. Pusat ini akan menempatkan warga dewasa dalam mencari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan semasa hari tua.
Firman Allah subahana wataala
“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”- (Hadith Riwayat Muslim).
Kempen yang dilancarkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah masjid yang akan menjadi pusat pengajian warga dewasa untuk ibu dan ayah yang ingin fokus ke arah akhirat. Keluasan masjid ini adalah sebanyak 5,740 ekar yang telah diwakafkan oleh YDP Yayasan Amal Maaruf Malaysia iaitu Tuan Haji Hamsan Bin Omar untuk dimanfaatkan bagi membina masjid buat fasa 1.
Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM1,000,000.00 (Satu Juta Ringgit Malaysia) untuk membangunkan sebuah masjid bagi fasa 1. Selebihnya mengikut fasa untuk membentuk sebuah pusat pengajian warga dewasa yang cantik dan selesa. Tanah yang diwakafkan telahpun diratakan bertujuan untuk membina masjid. Usaha kami dari Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempunyai hasrat dan cita-cita untuk mengumpul dana bagi membina sebuah masjid untuk dimanfaatkan oleh penduduk sekeliling di Simpang Renggam, Johor.
Kami menyeru tuan dan puan untuk bersama-sama berkongsi sebahagian rezeki untuk diinfaqkan sebagai salah satu cara mendapatkan saham akhirat. Sumbangan anda dapat membantu proses warga dewasa ini menimba ilmu akhirat dengan lancar. Biarpun kita menyumbang untuk orang lain tapi keberkatan itu kekal untuk diri sendiri juga.
Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum,perkembangan terkini dengan dana sedia ada,Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia meneruskan usaha bagi membina masjid.Dana masih diperlukan untuk meneruskan usaha membina masjid.
Gambar di atas menunjukkan perkembangan terkini Desa Unais.
Hampir 60% kerja membina masjid telah pon dilaksanakan.
Semoga Usaha pihak Yayasan dapat diteruskan dengan sokongan Tuan dan Puan.
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum,perkembangan terkini dengan dana sedia ada,Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia meneruskan usaha bagi membina masjid.Dana masih diperlukan untuk meneruskan usaha membina masjid.
Gambar di atas menunjukkan perkembangan terkini Desa Unais.
Hampir 60% kerja membina masjid telah pon dilaksanakan.
Semoga Usaha pihak Yayasan dapat diteruskan dengan sokongan Tuan dan Puan.
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum, perkembangan terkini dengan dana yang sedia ada, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia telah dapat membeli bahan untuk memulakan operasi membina masjid. Sumbangan Tuan/Puan amat kami hargai. Pihak kami telah memulakan operasi membina masjid dengan mengikat batu sebagai dinding masjid.
Infaq terhadap pembinaan masjid digalakkan buat umat islam mengejar saham akhirat. Kamu tidak akan dapat mencapai darjat kebajikan sehingga kamu membelanja sebahagian dari harta yang kamu kasihi. (Surah Al ‘Imran, ayat 92).
Teruskan setia bersama kempen Desa UNAIS untuk mengetahui perkembangan selanjutnya. Tidak sia-sia seorang mukmin membelanjakan harta di jalan Allah.
Jom #BuatBaik!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 14, 2022
NAZEER KHAN BIN MOHD MAIDEEN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 14, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2022