YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 16, 2021

INFAQ ASNAF ANAK YATIM DAN ANAK YATIM OKU

RM6,000 / 100.00 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM6,000

227 penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Yatim OKU yang berada di Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah.

Assalamualaikum

 

Infaq Asnaf Anak Yatim dan OKU

 

Program Infaq Asnaf yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian bantuan kewangan, makanan & keperluan harian untuk Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Yatim OKU yang menghuni Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah di alamat Lot 453, Jalan Desa Kampung Melayu Sungai Bakau, Bandar Coutry Home, Rawang, Selangor.

 

Kekurangan dana bantuan terutama ketika musim pendemik Covid-19 telah memberi kesan yang amat ketara kepada penghuni rumah Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah ini berikutan kurangnya derma diterima.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Yatim OKU yang berada di Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah ini dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(al-Baqarah: 261)

 

Terima Kasih.

Wassalam.



 

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

avatar

MOHD RIDHWAN MOHD RANI

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2021

JAMILAH BINTI MUSTAPA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 22, 2021

Kempen Sumbangan Tamat