YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 27, 2022

BANTUAN IHSAN OKU ASNAF

RM1,320 / 16.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

70 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh golongan OKU asnaf Jom bantu mereka untuk pahala akhirat kita


Assalamualaikum W.B.T. Golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya OKU asnaf adalah sebahagian dari anggota masyarakat yang tidak boleh dipisahkan. Mereka juga adalah seperti kita yang memerlukan kehidupan. Bukan setakat makanan, bahkan mereka juga memerlukan belanja untuk menyara hidup seperti keperluan pakaian, kenderaan, sewaan tempat tinggal, keperluan utiliti dan sebagainya.


Melihat keadaan kos sara hidup ketika ini yang semakin meningkat, sudah pasti kehidupan mereka pasti terkesan. Walaupun mereka ada menerima bantuan dari pihak berwajib, namun jumlah yang diterima adalah sangat minima. Sebahagian besar dari mereka tidak mampu untuk berkerja lantaran mereka sangat memerlukan bantuan dari kita.



Menyedari akan kepayahan dan kesusahan yang ditanggung oleh golongan OKU asnaf ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi dengan pemberian sedikit bantuan iaitu pihak kami akan menyalurkan sumbangan berupa wang ringgit berjumlah RM150 setiap seorang yang mana ia bolehlah digunakan untuk mereka membeli barangan makanan asas harian. Sasaran kami adalah untuk 50 orang OKU asnaf yang berada di beberapa kawasan di sekitar negeri Johor. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan bersama program ini dan semoga infaq Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Marilah kita bersama menghayati gesaan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang memberi kecukupan kepada para ibu tunggal dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiamullail di malam hari atau yang berpuasa di siang harinya" (HR Bukhari)



Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat