YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 15, 2023

BANTUAN BAIK PULIH RUMAH ASNAF YANG UZUR

RM361 / 2.41 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama membantu membaik pulih rumah golongan asnaf yang rosak dan uzur. Jom kita bantu mereka!


Memiliki rumah yang sempurna walaupun tidak besar dan mewah adalah impian setiap manusia kerana di situlah tempat untuk berteduh dari panas dan hujan serta tempat bermulanya kehidupan. Sesungguhnya rumah adalah keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud;


“Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa” (Al-Nahl : 80).



Selain daripada itu, tempat tinggal juga berfungsi sebagai tempat asas kepada pembentukan keluarga kerana manusia memerlukan tempat tinggal untuk berkeluarga. Rasulullah SAW bersabda:


“Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan: Isteri solehah, rumah yang luas, kejiranan yang baik dan kenderaan yang selesa.” (HR. Ahmad).


Namun hakikatnya, bagaimanakah nasib golongan asnaf dan fakir miskin? Mereka juga perlukan tempat tinggal yang selesa untuk berkeluarga dan menikmati kehidupan yang baik.



Oleh itu, bagi merealisasikan salah satu dari empat perkara dalam hadis Nabi SAW iaitu yang mendatangkan kebahagiaan kepada insan adalah tempat tinggal yang baik, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk membaik pulih rumah-rumah yang uzur yang didiami oleh golongan asnaf. Ada yang rumah mereka telah rosak atapnya, bilik air yang rosak dan tersumbat, dinding rumah yang tidak sempurna, pintu dan tingkap yang rosak dan sebagainya. Untuk itu, pihak kami telah mengenal pasti dua buah rumah yang daif terletak di kawasan Ayer Lanas, Kelantan. Tumpuan baik pulih adalah tandas dan dapur yang telah rosak.


  

Atas rasa tanggungjawab lagi prihatin, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai agar tidak ketinggalan bagi turut serta untuk memperoleh saham akhirat dengan bersama menyumbang dalam program infaq membantu membaik-pulih rumah-rumah daif golongan asnaf dan miskin. Mudah-mudahan, sumbangan yang dihulur akan dibalas ganjaran yang besar serta keampunan dari Allah SWT.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)


Jom #Buatbaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM110.00

Sep 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM21.00

Sep 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat