RAYUAN BANTUAN UNTUK ADIK MUHAMMAD AYISH FAIQ

Dimulakan pada:
25 Oct, 2023
RAYUAN BANTUAN UNTUK ADIK MUHAMMAD AYISH FAIQ
1.29%
RM155
/RM12,000
10
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menghulurkan bantuan bagi membantu adik Muhammad Ayish Faiq memiliki mesin bantuan pernafasan. Jom kita bantu adik Ayish!

Sesungguhnya tidak semua anak yang lahir ke dunia memiliki fizikal yang sempurna. Kekurangan yang berlaku pada anak tersebut merupakan takdir yang perlu disyukuri dengan ketabahan hati. Sebagai hamba Allah, dugaan sedemikian rupa merupakan aset pahala yang besar ganjarannya jika sabar dan redha menjadi pegangan hati. Sememangnya setiap ibu bapa mahukan anak mereka yang lahir memiliki kesempurnaan fizikal, rohani dan mental. Namun, jika sebaliknya berlaku, maka ikhtiar dan usaha untuk merawat dan memulihkan anak tersebut menjadi tuntutan agama.

Baru-baru ini, pihak kami telah bertemu dengan satu pasangan asnaf yang baru menimang cahaya mata. Namun, yang menyedihkan adalah apabila mendapati bayi mereka yang baru berusia hampir 7 bulan menghadapi masalah jantung berlubang. Bayi yang bernama adik Muhammad Ayish Faiq ini terpaksa bergantung dengan alat pernafasan untuk terus hidup.

Sepanjang berada di hospital ketika ini, alat bantuan pernafasan sememangnya ada disediakan oleh pihak hospital namun masalah akan timbul apabila dalam masa terdekat, adik Muhammad Ayish Faiq akan dibenarkan pulang ke rumah. Maka alat bantuan pernafasan yang baru perlu dibeli bagi memastikan pernafasan adik Muhammad Ayish Faiq tidak terganggu. Harga untuk membeli mesin tersebut adalah mahal dan tidak mampu dibeli oleh pasangan muda asnaf ini.

Simpati melihat keadaan adik Muhammad Ayish Faiq ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia berhasrat untuk menganjurkan kempen khas bagi membantu adik Muhammad Ayish Faiq memiliki alat bantuan pernafasan sendiri di rumah. Pihak kami difahamkan bahawa harga mesin tersebut adalah sekitar RM12,000. Semoga dengan sumbangan yang diterima sehingga berjayanya mesin bantuan pernafasan tersebut dibeli, mudah-mudahan, masalah jantung berlubang yang dihadapi oleh adik Muhammad Ayish Faiq dapat dirawat dan dipulihkan, insyaAllah.

Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu bagi menjayakan kempen ini agar adik Muhammad Ayish Faiq dapat membesar sebagai hamba Allah yang soleh. Mudah-mudahan, sumbangan yang dihulur oleh anda akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

“Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah melapangkan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.”

(HR. Muslim)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 17, 2023
NORHAYATI JAMALUDIN
NORHAYATI JAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2023
AFIQ AKRAM BIN ALIAS ASGAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 27, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ AL QURAN UNTUK NEGARA MINORITI ISLAM
BANTU MADRASAH AL-MUHSININ MENYOKONG RANGKAIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
SEDEKAH PENDIDIKAN UNTUK ANAK DI KAWASAN SUKAR DIJANGKAU
BALAI PENGAJIAN ACEH PASCA BANJIR DI RUNTUHAN LUMPUR
BIASISWA PEMULIHAN KECEMASAN UNTUK ANAK-ANAK MANGSA BANJIR
Kempen Sumbangan Tamat