BANTUAN SUMBANGAN UNTUK KOS RAWATAN ADIK SUFI SYAFRINA

Dimulakan pada:
26 Jun, 2023
BANTUAN SUMBANGAN UNTUK KOS RAWATAN ADIK SUFI SYAFRINA
100.90%
RM21,190
/RM21,000
817
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama membantu Adik Sufi Syafrina berusia enam bulan yang didiagnos penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1. Jom bantu adik Sufi!

Adik Sufi Syafrina kini berusia enam bulan yang didiagnosis penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 dan memerlukan dana untuk membeli ubat Genetik Zolgensma berharga RM9 juta. Kini, adik Sufi sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak kelmarin, namun bayi itu masih memerlukan bantuan mesin pernafasan 24 jam.

Menurut bapanya, dia terpaksa menyewa mesin pernafasan untuk kegunaan Sufi Syafrina di rumah dengan kadar RM500 sebulan kerana mereka tidak mampu untuk membeli mesin dan alatan-alatan berkaitan rawatan anaknya. Walaupun terpaksa menyewa mesin tersebut, bapa kepada Sufi Syafrina menyatakan bahawa kos untuk menukar tiub dan alatan-alatan yang berkaitan mesin tersebut terpaksa ditanggung sendiri dan perlu ditukar setiap dua minggu sekali bagi digunakan untuk anaknya meminum susu. Selain itu, keperluan-keperluan lain seperti lampin pakai buang, ubat-ubatan termasuk susu formula khas terpaksa ditanggung sendiri.

Menurut bapanya lagi, sebelum ini juga anaknya sudah pernah mengalami jangkitan kuman dan mereka diberitahu jika terkena jangkitan kedua berisiko menyebabkan kemerosotan kesihatan lebih serius, malah anaknya boleh berhenti bernafas pada bila-bila masa.

Adik Sufi Syafrina sangat memerlukan bantuan rakyat Malaysia semua untuk membantu adik Sufi mendapatkan ubat Genetik Zolgensma bagi rawatan penyakitnya yang mana ubat tersebut perlu diambil sebelum usianya mencecah dua tahun.

Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia ingin mengajak anda semua untuk turut sama membantu adik Sufi dan keluarganya. Walau sedikit mana bantuan kita, mungkin besar bagi mereka dan besar disisi Allah SWT.

Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang di dalam kesusahan. Sabda Rasulullah:

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

13 Feb 2024

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Sufi Syafrina Mohd Shafiq yang didiagnosis penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 telah meninggal dunia pada 3.30 petang Khamis. 

Pihak kami telah menziarah ke rumah ayah arwah adik Sufi dan telah menyampaikan sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia.

22 Nov 2023

Pihak YAMM telah menyerahkan sumbangan orang ramai kepada ayah adik Sufi. Terima kasih buat para penyumbang yang telah berkongsi rezeki. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban keluar ini dan membantu melancarkan proses rawatan adik Sufi.

13 Nov 2023

Assalamualaikum, maklumat terkini mengenai adik Sufi yang amat memerlukan bantuan kita semua. Adik Sufi dikejarkan ke HTA KL ICU KL pada 11 November lalu. Semoga adik Sufi segera sembuh.

05 Sep 2023

Update tekini keadaan adik Sufi jam 2.am -6-am 4 sept 23

Sesak nafas ada jangkitan kuman di paru-paru perlu di hantar ke HTA kuala Lumpur pagi ini. Kami berharap anda dapat membantu untuk anak sahabat kami yang mengalami penyakit spinal muscular atrhopy (SMA)

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
GAIYETHRE MARIAPAN
GAIYETHRE MARIAPAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 08, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BAIK PULIH KELENGKAPAN SURAU AL-ARASY AL-MUTTAQIN SARAWAK
BINA MUSOLLA DARURAT UNTUK KORBAN BANJIR SUMATERA
JOM BANTU BINA ASRAMA PELAJAR YATIM
DANA PEMBINAAN MASJID AL MARHAMAH
PEMBINAAN BARU DAN MENAIKTARAF SURAU TAMAN BUKIT SAGA
Kempen Sumbangan Tamat