YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 02, 2022

BANTUAN MESIN AIR KANGEN BAGI RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN DAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ

RM971 / 0.19 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

74 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan bagi Rumah-Rumah Kebajikan dan Pusat-Pusat Tahfiz terpilih memiliki Mesin Air Kangen. Jom bantu mereka!

Assalamualaikum W.B.T. Firman Allah SWT. “Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup, maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” [Al-Anbiyak (21) : 30]


Air adalah sumber kehidupan 75 peratus tubuh manusia adalah air. Air diperlukan untuk semua aktiviti penting dalam tubuh kerana ia adalah komponen utama darah yang mengalir dan membawa oksigen serta makanan ke sel-sel dan organ seluruh tubuh manusia. Air mengangkut bahan buangan dan toksin keluar daripada badan. Air juga mengawal suhu badan, melicinkan sendi dan melembapkan tisu kulit.


(Air Komponen Utama Dalam Tubuh Manusia)


Tetapi apakah air yang paling sesuai untuk tubuh manusia? Sebagai seorang Muslim kita meyakini air yang terbaik untuk minuman adalah Air Zam Zam di Kota Makkah. Air Zam Zam didapati beralkali (pH 7.8 ke atas) dan mengandungi pelbagai jenis mineral penting untuk tubuh. Ia tidak mengandungi kulat dan tidak berubah warna, rasa atau bau.


(Mata Air Zam Zam, Kota Makkah)


Kita tidak mungkin dapat untuk minum Air Zam Zam yang penuh keberkatan ini setiap hari. Tetapi kita boleh minum air yang telah diproses agar menghampiri ciri-ciri dan sifat Air Zam Zam.


Saintis negara Jepun telah menghasilkan mesin Air Kangen yang menghasilkan air bersifat beralkali, berion negatif yang tinggi (antioksidan), bermolekul kluster mikro, bermineral.


‘Kangen’ dalam bahasa Jepun bermaksud ‘kembali kepada asal’. Air Kangen bermaksud air yang iaitu kembali kepada bentuk asal air yang dijumpai di alam ini sebelum berlaku pencemaran.


Mesin Air Kangen – Enagic diiktiraf sebagai alatan perubatan oleh Kementerian Kesihatan Jepun. Ia telah digunakan di hospital-hospital di Jepun untuk tujuan terapi perubatan sokongan dan alternatif.


(Sijil Pengiktiraf Mesin Air Kangen oleh Kementerian Kesihatan Jepun)


Air beralkali penting untuk mengimbangkan keadaan berasid dalam tubuh. Perlu diketahui bahawa darah kita bersifat alkali dengan pH antara 7.35-7.45. Kebanyakan proses dalam tubuh manusia berjalan dengan pH fisiologi – pH7.4 yang alkali. 


Air antioksidan (kaya ion negatif) penting untuk meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom atau molekul dalam tubuh kita yang sangat aktif dan tidak stabil kerana kekurangan satu elektron. Antioksidan berperanan ‘mendermakan’ elektron kepada radikal bebas agar tidak aktif ‘menyerang’ dan ‘mencuri’ elektron daripada sel-sel tubuh yang sihat lalu merosakkannya.


(Radikal Bebas Mencuri Elektron Daripada Molekul / Atom Yang Sihat)


Keadaan tidak sihat ini berlaku akibat faktor pemakanan, minuman, pencemaran udara, tekanan hidup dan radiasi daripada barangan elektronik termasuk televisyen serta telefon bimbit.


Jika keadaan tubuh berasid dan terdedah ‘serangan’ radikal bebas berterusan, ia mengundang penyakit seperti kencing manis, masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi, asma, radang kegatalan kulit, gout, penyakit jantung, ketumbuhan dan kanser. Secara perlahan-perlahan tanpa disedari.


Sementara air yang bermolekul kluster halus akan memudahkan air masuk meresap ke dalam setiap sel-sel tubuh untuk mengelakkan masalah penghidratan (kekurangan air) dalam tubuh. Sekali gus meningkatkan tenaga dan daya tumpuan.


Maklumat lanjut tentang Air Kangen boleh tonton di:

Kangen Water: DEMO (BAHASA MALAYSIA): https://youtu.be/kvHoyD1MSAQ

3 SEBAB KENAPA MEREKA MINUM KANGEN WATER: https://youtu.be/vZXiui_joAI


Menyedari masalah ini dan kebaikan Air Kangen, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mengajak semua pihak untuk mengamal gaya dihidup sihat – mengawal pemakanan dan menukar air minum harian kepada yang terbaik untuk tubuh iaitu Air Kangen. Ia kaedah yang mudah diamalkan dan selamat.


Untuk itu, pihak YAMM mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menyumbang bagi pembelian, pemasangan dan latihan penggunaan Mesin Air Kangen di premis-premis Rumah-Rumah Kebajikan dan Pusat-Pusat Tahfiz. 


(Mesin Air Kangen Yang Mudah Alih Model SD501)


Rumah kebajikan biasanya dihuni oleh mereka yang rata-ratanya menghadapi masalah penyakit. Diharapkan Air Kangen dapat membantu masalah kesihatan mereka. Sementara pusat-pusat tahfiz dihuni oleh anak-anak muda yang suka minuman berasid dan manis. Diharapkan mereka mendapat pengetahuan tentang kelebihan Air Kangen di usia muda dan mengamalkan meminumnya. 


YAMM telah memulakan usaha membuka Kiosk Air Kangen di Shah Alam. Ia membekalkan Air Kangen kepada pihak-pihak yang menerima bantuan daripada YAMM. Air Kangen mendapat respons positif daripada penerima-penerima bantuan yang turut sama menerima Air Kangen.


(Kiosk Air Kangen YAMM Di Shah Alam)


Untuk meneruskan usaha murni ini, YAMM menyasarkan 25 unit mesin Air Kangen dipasang di rumah-rumah kebajikan dan pusat-pusat tahfiz terpilih sekitar Lembah Klang dan Selangor.


Hasrat ini bertepatan dengan satu sedekah yang paling afdal dalam Islam iaitu memberi air minum. Kita sediakan mesin air berkualiti yang dapat menghasilkan Air Minuman terbaik – Air Kangen.


Dari Sa'ad bin 'Ubadah, dia berkata: Aku bertanya: Ya Rasulullah! Sedekah apakah yang paling afdhal?" Beliau menjawab: "Memberi air minum".


Semoga sumbangan dan usaha ini dapat membantu anggota masyarakat memahami kepentingan air yang berkualiti, mengamalkan gaya hidup sihat dan meringankan beban mereka jika menghadapi penyakit. Mudah-mudahan usaha yang kita lakukan ini akan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T


Jom Buat Kebaikan!

Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2022

MAZRIFAH BINTI MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat