YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 23, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK ANAK-ANAK GOLONGAN ASNAF

RM360 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama membantu anak-anak dari keluarga asnaf dengan menyalurkan keperluan asas harian mereka. Jom hulurkan bantuan!


Melihat akan kehidupan golongan miskin dan daif sudah pasti akan meruntun jiwa. Bagi kita yang mempunyai kecukupan keperluan hidup sudah pasti tidak merasai keperitan hidup sepertimana yang dilalui oleh mereka. Mereka yang miskin ini adalah insan seperti kita yang memerlukan keperluan hidup. Namun takdir telah menentukan mereka hidup dalam kemiskinan.



Program ziarah kami ke beberapa kawasan perumahan penduduk di Selangor khususnya di PPR dan di kampung nelayan Daerah Klang, Selangor baru-baru ini telah menemui dan berkumpul bersama anak-anak dari keluarga asnaf. Sebahagian besar mereka masih bersekolah namun kecukupan kewangan keluarga mereka amat terhad. Mereka begitu gembira dengan kehadiran kami. Yang pasti, mereka tinggal bersama keluarga asnaf yang perlu juga dibantu.



Melihat kehidupan anak-anak yang daif ini telah mendorong pihak yayasan untuk menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun, termasuk keperluan harian mereka.


Selain itu, barangan penjagaan diri contohnya seperti sabun mandi, ubat dan berus gigi, tuala mandi dan sebagainya serta termasuk sedikit bantuan kewangan untuk keluarga mereka. Bantuan ini akan melibatkan anak-anak asnaf yang berjumlah 50 orang yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, besar harapan kami sekiranya anda dapat bersama-sama menjayakan program bantuan Infaq Jumaat ini demi melihat anak-anak golongan asnaf dapat terus dibantu. Semoga sumbangan yang dihulurkan akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 01, 2023

MOHD NOOR BIN YAHAYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat