YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 05, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF

RM1,180 / 16.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

59 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan makanan kering dan keperluan asas harian untuk anak-anak tahfiz asnaf. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya mereka yang belajar dan mendalami serta menghafaz Al-Quran mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka”. (HR. Muslim)



Lawatan kami ke beberapa pusat-pusat tahfiz persendirian di sekitar negeri Johor menemui anak-anak tahfiz mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Sebahagian mereka adalah anak yatim miskin dan sebahagian lagi adalah anak-anak asnaf. Pusat-pusat tahfiz ini beroperasi dengan bantuan dan derma orang ramai. Di pusat-pusat tahfiz inilah, anak-anak tahfiz belajar, bergaul dan bermesra bersama rakan-rakan dan ustaz serta menjalani kehidupan seharian dengan penuh ukhwah demi mencari redha Allah SWT.



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap anak-anak tahfiz ini, maka pihak Yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan seperti Quran, buku dan peralatan menulis, minyak wangi yang boleh dibawa solat. Selain itu, produk pembersihan seperti sabun mandi dan berus gigi serta keperluan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya. Bantuan ini akan mensasarkan anak-anak tahfiz yang berjumlah 150 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di beberapa kawasan di Negeri Johor. 



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat anak-anak tahfiz asnaf yang diraikan terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar serta keampunan dari Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Fathir:29)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 13, 2023

LILY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2023

MARLINA EFFENDY AISY SALIYAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat