YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 03, 2022

ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF MEMERLUKAN BANTUAN

RM2,041 / 34.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

90 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan keperluan dan makanan asas harian untuk anak-anak tahfiz golongan asnaf. Jom kita santuni mereka!


Assalamualaikum wbt. Dikala kita sedang sibuk dengan urusan kerja dan mencari harta untuk kesenangan hidup, jangan kita lupa bahawa di luar sana adanya kelompok manusia yang dimuliakan oleh Allah SWT iaitu mereka yang belajar dan menghafaz Al-Quran dalam keadaan serba-serbi kekurangan dan memerlukan bantuan. Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah sambil membaca Al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka”. (HR. Muslim)



Ziarah kami ke beberapa pusat-pusat tahfiz persendirian di sekitar negeri Johor mendapati anak-anak tahfiz ini sungguh tekun mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Sebahagian mereka adalah anak yatim miskin dan sebahagian lagi adalah anak-anak asnaf. Atas prihatin dan ihsan pusat tahfiz yang mahukan anak-anak ini menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Maka mereka mendidik anak-anak ini tanpa dikenakan bayaran kepada mereka namun keperluan makan dan minum serta keperluan asas harian perlu dibiayai oleh sumbangan dan sedekah dari orang ramai.



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap anak-anak tahfiz ini, maka pihak Yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan seperti Al-Quran, buku dan peralatan menulis, minyak wangi yang boleh dibawa solat, produk pembersihan seperti sabun mandi, berus gigi dan sebagainya serta keperluan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya. Bantuan ini akan mensasarkan anak-anak tahfiz yang berjumlah 150 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di beberapa kawasan di negeri Johor. 



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat anak-anak tahfiz asnaf yang diraikan terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran dan keampunan dari Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. (Fathir:29)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

NOOR FAIZIRAH AISHAH BINTI MOHD GHANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 04, 2022

NURUL 'AIN ABDUL MALEK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat