YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 22, 2022

BANTU ANAK YATIM BERBUKA PUASA

RM5,229 / 87.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

183 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyantuni anak-anak yatim di separuh akhir Ramadhan dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka puasa. Jom gandakan pahala kita!


Assalamualaikum W.B.T. Ramadhan hampir melabuh tirai. Kurang dari sepuluh hari umat Islam akan menyambut hari raya. Adakah sudah memadai pahala yang kita garap dengan kehadiran Ramadhan pada tahun ini? Oleh itu, dengan berbakinya hari-hari Ramadhan yang masih tertisa ini, adalah baiknya andai kita infaqkan sebahagian harta kita untuk bersedekah.


Sesungguhnya memperbanyakkan amalan sedekah, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah sangat digalakkan terutama dalam bulan Ramadhan kerana dengan bersedekah di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan tanpa terhitung oleh manusia seperti sabda Nabi S.A.W: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam akan dilipat gandakan dengan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda.(Sahih Muslim)


Menyelami akan hadis ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita berinfaq dengan memberi makan kepada orang lain berdasasrkan hadis Rasullullah SAW bahawa seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Maka dengan itu, pihak kami mengajak untuk kita bersama meraikan anak-anak yatim untuk dengan memberi mereka makan khususnya untuk mereka berbuka dan bersahur khususnya pada akhir-akhir Ramadhan yang berbaki ini serta keperluan makanan selepas Ramadhan nanti.



Untuk Ramadhan yang berbaki ini, pihak yayasan akan menyediakan juadah / makanan berupa makanan nasi berlauk, kuih-muih, buah-buahan dan minuman untuk anak-anak yatim yang berada di pusat-pusat jagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta makanan asas kering berupa beras, telur, tepung gandum dan sebagainya untuk keperluan selepas Ramadhan mereka. Sasaran kami adalah sekitar 150 – 200 anak yatim yang akan mendapat manfaat dari program ini.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program pemberian makanan ini semoga ia dapat mengembira serta menceriakan anak-anak yatim. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta Redha Allah SWT.



Nabi SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi).


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)


Terima Kasih. Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2022

SUZILA TUKACHIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat