YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 20, 2022

BANTUAN KEPERLUAN UNTUK RUMAH ANAK YATIM MISKIN

Kempen Jenis Bayaran Bulanan

RM2,000

Telah terkumpul

133 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program bantuan keperluan untuk anak-anak yatim miskin yang berada di rumah-rumah jagaan persendirian. Jom bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Di saat anak-anak kita hidup dengan serba-serbi kecukupan di bawah jagaan kita, jangan kita lupa bahawa di luar sana begitu ramai anak-anak yatim yang terpaksa menumpang kasih di rumah-rumah kebajikan atau rumah jagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Pihak kami dimaklumkan melalui lawatan yang kami jalankan di beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim persendirian di sekitar negeri Selangor, Melaka dan Johor menyatakan bahawa jumlah anak yatim yang memohon untuk tinggal di rumah-rumah jagaan ini semakin bertambah bermula dari pertengahan tahun lepas.



Ramai di kalangan anak-anak yatim atau anak yatim piatu ini dahulunya boleh dikatakan hidup mewah bersama ibu dan bapa mereka, namun setelah orang tua mereka meninggal dunia, keluarga tidak mampu menanggung mereka dan terpaksalah mereka ini dihantar ke rumah-rumah jagaan anak yatim. Keperluan penjagaan anak-anak yatim ini sememangnya ditanggung oleh derma orang ramai namun, sejak negara di landa wabak Covid-19, jumlah penderma yang hadir semakin berkurang mungkin disebabkan keadaan ekonomi ketika ini yang agak suram. Walaubagaimanapun, kelangsungan hidup anak-anak yatim ini perlu diteruskan.



Lawatan skuad kami ke rumah-rumah anak yatim ini sungguh menginsafkan kerana membayangkan bahawa suatu ketika dahulu mereka hidup mewah dan gembira bersama ibu bapa mereka, namun takdir telah mengubah segala-galanya.



Atas dasar rasa simpati terhadap kehidupan anak-anak yatim ini di rumah-rumah jagaan persendirian yang mereka menumpang kasih, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu anak-anak yatim miskin ini agar keperluan hidup mereka mencukupi bagi mengharungi hari-hari mendatang.



Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, meehon dan sebagainya termasuk bantuan pakaian harian dan sekolah serta bantuan kewangan yang boleh digunakan oleh rumah-rumah jagaan ini untuk membeli barangan dapur basah dan bayaran untuk bil utility termasuk bayaran sewaan bangunan jika perlu. Bantuan ini Insyaallah akan memberi manfaat kepada anak-anak yatim miskin seramai mungkin yang berada di rumah-rumah jagaan anak yatim miskin milik persendirian di beberapa buah negeri iaitu Selangor termasuk Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.



Oleh itu, besar harapan kami sekiranya tuan puan dapat bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi melihat anak-anak yatim miskin yang dibantu merasa gembira dan terus tabah bagi menjalani kehidupan seharian. Semoga usaha kecil kita ini merupakan asbab untuk Allah S.W.T. meredhai dan mengampuni kita semua. Amin.



Rasulullah ﷺ bersabda: "Aku dan orang yang memelihara anak yatim itu akan masuk surga seperti ini,". Nabi memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggang keduanya. (HR. Bukhari).


Rasulullah ﷺ juga ada bersabda: “Demi Allah yang telah mengutusku dengan haq. Allah tidak akan mengazab pada hari kiamat orang yang mengasihi anak yatim, dan lemah lembut pada anak yatim dalam bicaranya, dan mengasihi orang itu pada kemalangan dan kesusahan yatim itu, dan ia tidak sombong terhadap jirannya karena sebab kelebihan yang diberikan Allah padanya”. (HR. Thabrani).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2022