YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 19, 2022

BANTUAN IHSAN UNTUK WARGA EMAS ASNAF

RM865 / 12.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan keperluan dan makanan asas harian untuk warga emas asnaf yang hidup dalam kesusahan. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Kemiskinan bukan diminta tetapi sekiranya ia berlaku dalam hidup, agama menyuruh kita berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan ia adalah jihad. Namun, apabila usia telah semakin senja, kudrat tidak lagi sekuat ketika usia muda dan usaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan amatlah sukar. Lantaran itu, masyarakat diperlukan bagi memainkan peranan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang tidak lagi mampu untuk berkerja khususnya golongan warga emas.



Ziarah skuad kami ke beberapa buah rumah warga emas asnaf baru-baru ini di Selangor amat menyedihkan apabila mereka ini hidup dengan bantuan saudara mara dan orang ramai. Mereka ini tidak lagi mampu berkerja untuk menyara kehidupan dan sebahagiannya tidak mempunyai keluarga.



Menyedari akan kesusahan yang mereka hadapi, pihak Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 hingga 40 orang warga emas asnaf / miskin yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan warga emas asnaf agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud:


“Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta-harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai yang mana pada setiap satu tangkai itu mempunyai 100 biji benih. Dan Allah melipatgandakan (pahala) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 261)



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya."

(HR Muslim).


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2022

MUHAMMAD ZULFADLI BIN YUSOF

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat