YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 13, 2022

HULURKAN BANTUAN UNTUK MANGSA RIBUT DI BESUT

RM1,395 / 13.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan segera untuk mangsa bencana ribut di Besut Terengganu. Jom kita bantu mereka kerana Allah!


Assalamualaikum WBT. Pada Isnin lepas, beberapa kawasan di Besut Terengganu telah dilanda ribut yang telah menyebabkan 140 rumah mengalami kerosakan yang teruk. Antara kampung yang terjejas ialah di Kuala Besut, Kampung Batu 13 dan Kampung Bekok di Hulu Besut. Kesemua rumah yang terlibat telah mengalami kerosakan di bahagian atap yang mengakibatkan banyak barangan dalam rumah telah rosak termasuklah barangan elektrik, perabot dan pakaian selain banyak kenderaan rosak akibat dihempap pokok yang tumbang. 



Menyedari akan kesulitan ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) akan menyalurkan bantuan berupa makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, makanan dalam tin, tilam, bantal, selimut dan lain-lain keperluan yang dirasakan perlu serta sedikit bantuan kewangan khusus untuk mangsa yang terlibat dalam kategori asnaf / golongan yang memerlukan. Mereka yang akan menerima bantuan ini dianggarkan berjumlah 30 buah keluarga.



Oleh itu, pihak Yayasan mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha bantuan ini bagi meringankan beban yang sedang dihadapi oleh mangsa-mangsa ribut. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NITAHAIN BINTI HASHIM KAMAL

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Jul 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat