YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada May 11, 2022

INFAQ SEDEKAH DI BULAN SYAWAL

RM1,600 / 10.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

86 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan untuk anak-anak yatim tahfiz agar mereka terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum W.B.T. Di saat umat Islam masih sibuk dengan sambutan hari raya, kita tidak seharusnya lupa bahawa di luar sana masih ramai anak-anak pilihan Allah yang memerlukan keperihatinan kita untuk dibantu. Mereka yang dimaksudkan adalah anak-anak yatim tahfiz yang mana mereka ini adalah anak-anak yatim yang sedang menghafaz Al-Quran.


Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. (HR. Muslim).


Nabi SAW juga ada bersabda yang maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu (di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu bacakannya”. (HR. Abu Daud). Selain dari dua hadis ini, Nabi SAW ada bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. (HR. al-Bukhari).



Oleh itu, sebagai menginsafi akan hadis-hadis ini, selain mereka ini adalah anak-anak yatim yang mana Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas), maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu anak-anak yatim tahfiz ini agar perjalanan aktiviti mereka menjaga Kalam Allah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


Skuad kami yang berada di Lembah Klang, Johor dan Sabah memaklumkan bahawa masih banyak bantuan yang diperlukan oleh pusat-pusat tahfiz persendirian di negeri-negeri ini khususnya bagi menampung perbelanjaan harian anak-anak yatim tahfiz. Bantuan yang diperlukan bukan sahaja untuk perbelanjaan di bulan Syawal, bahkan untuk sepanjang tahun. Anak-anak yatim tahfiz ini berada di sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang hanya bergantung dengan ihsan orang ramai untuk terus beroperasi.



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap anak-anak yatim tahfiz ini, maka pihak Yayasan melalui program sumbangan raya akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, meehon dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan dan jamuan raya. Bantuan ini akan menyasarkan anak-anak yatim tahfiz yang berjumlah 200 - 250 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di beberapa kawasan di Lembah Klang, Johor dan Sabah. 



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat anak-anak yatim tahfiz yang diraikan terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini merupakan asbab untuk Allah S.W.T. meredhoi dan mengampuni kita semua. Amin.



Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. (Fathir:29).


Terima Kasih. Wassalam.

Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2022

MOHD YUSOFF BIN YAHAYA

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat