YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 30, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK PESAKIT ASNAF

RM1,675 / 23.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

93 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama membantu golongan asnaf yang sedang menderita kesihatan. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sesungguhnya begitu berat penderitaan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit sama ada yang berada di hospital atau di rumah. Kesabaran adalah nilai yang begitu tinggi bagi mereka yang sedang menanggung kesakitan apatah lagi sekiranya mereka adalah tergolong dalam golongan asnaf. Sudah tentulah mereka amat memerlukan pertolongan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Bagi golongan asnaf dan miskin, apabila mereka ditimpa dengan masalah kesihatan, sudah pasti mereka tidak mampu untuk keluar mencari rezeki khususnya untuk belanja dapur ahli keluarga dan anak-anak.



Ziarah kami baru-baru ini di sebuah hospital di Lembah Klang dan dua buah rumah menemui beberapa orang pesakit asnaf yang sedang terlantar sakit. Mereka amat memerlukan bantuan kita semua untuk meneruskan kehidupan. Sebahagian mereka mempunyai keluarga yang perlu disara khususnya anak-anak yang masih bersekolah. Apabila mereka sakit, sudah pasti kehidupan seharian keluarga mereka terjejas.



Dengan rasa simpati terhadap golongan asnaf yang terlantar sakit ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit seperti lampin pakai buang, tuala kering dan basah, ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Di samping itu, pihak kami juga akan menyalurkan bantuan makanan asas harian seperti beras, tepung gandum, minyak masak, telur, makanan dalam tin dan sebagainya untuk ahli keluarga mereka di rumah. Sasaran bantuan ini akan diberikan kepada 50 orang pesakit asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini khususnya di bulan Ramadhan demi membantu golongan asnaf yang sedang terlantar sakit. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka. Semoga Allah SWT membalas pemberian anda dengan keampunan dan ganjaran yang besar.



Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR. Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat