YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 28, 2023

BANTUAN MAKANAN UNTUK WARGA EMAS ASNAF

RM1,530 / 21.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

74 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersempena bulan Ramadhan ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan makanan asas harian untuk warga emas asnaf. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Golongan warga emas adalah golongan yang perlu dihormati. Jasa mereka tidak ternilai harganya. Mereka adalah sebahagian daripada masyarakat yang tidak sewajarnya dipinggirkan. Sayangilah mereka kerana Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud:


“Tidaklah orang yang muda itu apabila dia memuliakan orang yang tua disebabkan usianya, melainkan Allah akan menetapkan pada usia tuanya nanti akan ada orang yang memuliakannya.” (HR al-Tirmizi)


Sesungguhnya sebahagian mereka telah lama menabur bakti kepada masyarakat, agama dan negara suatu ketika dahulu. Namun, golongan warga emas ini khususnya yang tergolong dalam lingkungan golongan asnaf amat perlu diberi perhatian untuk dibantu oleh kita semua.



Program ziarah kami baru-baru ini menemui beberapa orang warga emas asnaf di beberapa kawasan di negeri Selangor dan Johor amat menyentuh perasaan. Mereka ini hidup serba kekurangan dan keperluan harian mereka adalah dengan bantuan dan ihsan saudara-mara serta jiran terdekat. Mereka ini tidak lagi mampu bekerja untuk menyara kehidupan dan sebahagiannya tidak mempunyai keluarga. Walaupun sebahagiannya ada menerima bantuan dari pihak zakat negeri, namun jumlahnya amatlah minima dan mereka masih memerlukan bantuan dari pihak luar.



Menyedari akan kesusahan yang mereka hadapi, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, telur, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30-40 orang warga emas asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Johor.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menjayakan kempen ini demi membantu golongan warga emas asnaf agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang tidak menyayangi orang yang lebih muda daripada kami dan menghormati orang yang lebih berusia daripada kami.” (HR. al-Tirmizi)



Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 03, 2023

MOHD FAIZAL BIN OMAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat