YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 30, 2022

BANTUAN PRIHATIN UNTUK MURID-MURID ASNAF

RM1,205 / 17.21 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

74 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama membantu menghulurkan bantuan duit belanja sekolah untuk murid-murid asnaf. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Seringkali kita dapati bahawa bantuan untuk murid-murid atau pelajar-pelajar sekolah diberi pada awal tahun. Bantuan yang banyak ini mungkin disebabkan oleh keluhan yang sering didengar oleh kebanyakan ibu bapa yang telah banyak mengeluarkan belanja untuk persiapan sekolah anak-anak mereka. Mungkin kita terlepas pandang bahawa sebenarnya anak-anak mereka ini memerlukan perbelanjaan harian di sekolah atau kebiasaan dipanggil ‘duit belanja sekolah’ atau juga dipanggil ‘duit poket’ untuk berbelanja di waktu rehat setiap hari.


Namun, bagi mereka yang berada, isu duit belanja sekolah untuk anak-anak tidak menjadi masalah walaupun harga makanan terus meningkat. Bagi mereka yang susah, berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan berada dalam lingkungan golongan B40, sesungguhnya isu duit belanja sekolah anak-anak sudah pasti akan menjadi isu besar terutama mereka yang mempunyai jumlah anak yang ramai.



Menyedari akan kepayahan mereka ini untuk menyediakan belanja harian untuk anak-anak mereka di sekolah, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu anak-anak golongan asnaf ini dengan memberi sedikit bantuan duit poket atau duit belanja sekolah mereka. Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit akan perbelanjaan harian keluarga.



Oleh itu, pihak yayasan akan menghulurkan bantuan duit belanja sekolah berjumlah RM50 – RM100 seorang dan penerima bantuan ini akan melibatkan sekitar 140 orang pelajar. Bantuan ini Insyaallah akan memberi manfaat kepada anak-anak asnaf yang bersekolah yang berada di sekitar Selangor termasuk Lembah Klang.



Justeru itu, pihak kami mengharapkan agar tuan puan dapat bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi melihat pelajar-pelajar sekolah dari keluarga asnaf dapat dibantu. Mudah-mudahan usaha kecil ini akan memberi semangat kepada mereka untuk belajar sersungguh-sungguh bagi membebaskan keluarga mereka dari belenggu kesusahan di masa akan datang. 



Marilah kita hayati sabda Rasulullah ﷺ yang berbunyi: “Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.” (HR. Thabrani).



Allah SWT berfirman yang mafhumnya berbunyi: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

(Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

MOHD HAFIZ BIN MOHD YUSOFF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat