YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 17, 2022

DANA MEMBANTU GELANDANGAN

RM1,320 / 26.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia telah dan akan terus menganjurkan program beri makan percuma yang berupa nasi bungkus kepada golongan gelandangan di sekitar di kawasan Kuala Lumpur. Jom Bantu Mereka!


Mungkin kita tidak menyedari bahawa di Bandaraya Kuala Lumpur terdapat begitu ramai gelandangan yang mungkin kelihatan mereka ini seperti kita dan sudah pasti kita akan menganggap mereka mempunyai kehidupan yang baik. Mereka berkerja, berpakaian sempurna, watak normal seperti orang sihat dan yang paling penting, mereka ini tidak kelihatan selekeh dan juga bukan penagih bahkan mereka juga solat di masjid seperti umat Islam lain.


Namun, yang membezakan mereka adalah kekurangan wang ringgit untuk menikmati kehidupan seperti insan lain. Kebanyakan mereka berkerja namun gaji mereka terlalu sedikit dan tidak mampu untuk menampung kehidupan untuk sebahagian keperluan kehidupan mereka seperti menyewa bilik dan memiliki kenderaan. Bahkan ada gelandangan yang ditemui hanya memiliki sepasang baju untuk dipakai. Akhirnya, mereka pasrah untuk tidur di kaki lima bangunan dan di celah-celah pokok beralaskan kotak atau kertas surat khabar di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur demi kelangsungan hidup.



Assalamualaikum para dermawan sekalian semua, menyedari akan kesusahan mereka ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) telah dan akan terus menganjurkan program beri makan percuma yang berupa nasi bungkus kepada golongan gelandangan di sekitar di kawasan Kuala Lumpur dan usaha ini sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kos makan mereka. Jumlah sasaran adalah sekitar 400 orang gelandangan.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan gelandangan dan semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Rasulullah SAW juga bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(al-Baqarah: 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

WAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat