YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 26, 2024

BANTU LANCARKAN PENGURUSAN JENAZAH

RM465 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

16 Penyumbang

58 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan sumbangan bagi pengurusan jenazah golongan asnaf. Jom kita bantu mereka!


Saban hari kita melihat kematian berlaku di sekeliling kita kerana mati itu adalah Sunnatullah yang tidak dapat dielakkan. Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian sebagaimana firman Allah SWT:


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu”. Yang pasti, apabila berlakunya kematian, ia perlu diuruskan. Hari ini, kos pengurusan jenazah bukannya murah dan bukan semua orang mampu untuk membayar kos pengurusan jenazah lebih-lebih lagi bagi golongan miskin atau asnaf." (Surah Ali Imraan ayat: 185)



Untuk makluman, di Kawasan Lembah Klang sahaja, terlalu banyak kes yang pihak kami hadapi apabila berlakunya kes kematian di mana ahli keluarga tidak mampu untuk membayar kos pengurusan jenazah. Akibatnya jenazah terpaksa ditinggalkan di bilik mayat hospital dalam tempoh yang lama kerana menunggu ahli keluarga berikhtiar untuk mendapatkan sejumlah wang. Ada juga yang terpaksa meminjam dari orang lain semata-mata untuk pengurusan jenazah ahli keluarga mereka. Kes-kes sebegini banyak berlaku kepada golongan asnaf dan miskin termasuk golongan muallaf dan pendatang secara sah ke negara ini.



Simpati dengan keadaan mereka ini, maka Yayayan Amal Maaruf Malaysia melalui Unit Pengurusan Jenazah akan membantu secara percuma untuk menguruskan jenazah mereka ini khususnya jenazah golongan asnaf, miskin, muallaf dan pendatang secara sah ke negara ini. Pengurusan jenazah percuma ini akan dikhususkan untuk kes kematian yang berlaku di Negeri Selangor dan Lembah Klang sahaja.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu memudahkan perjalanan terakhir saudara-saudara kita menemui Allah SWT. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulur ini, jenazah dapat diuruskan dengan segera tanpa ada sebarang masalah khususnya dari segi kos pengurusan di samping meringankan beban ahli keluarga mereka.



Untuk itu, marilah kita hayati sabda Nabi Muhammada SAW yang maksudnya: “Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

HA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2024

MUHAMMAD BIN SAMSURI

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2024