Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,355 / 33.64 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
130 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Sebahagian dari kalangan kita mungkin sedang diduga dengan pelbagai dugaan sama ada sedang terlantar sakit, bermasalah dari segi kewangan dan bermacam masalah kehidupan. Sekiranya kita sedang menikmati kehidupan yang baik, jangan kita lupa kepada mereka yang sedang hidup dalam kesusahan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, terutama kenaikan harga barang yang cukup menekan, sudah pasti kehidupan mereka yang susah akan bertambah susah.
Dengan rasa simpati terhadap golongan miskin dan susah ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 buah keluarga yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program infaq ini demi manfaat golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 10, 2022