Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tatkala rakyat sedang berjuang untuk mencari kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, kita dikejutkan dengan musibah kebakaran yang berlaku di Kampung Sepakat Jaya Indah Permai, Jalan Sepanggar Bay, KM 21, Kota Kinabalu, Sabah pada 6 Februari 2023.

Kebakaran melibatkan enam buah rumah penduduk yang kesemuanya hangus dijilat api. Tidak ada yang tinggal pada mereka dan mereka kini ‘sehelai sepinggang’. Syukur mereka selamat, namun tempat mereka berteduh dan harta benda milik mereka telah musnah 100%.

Atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa penduduk yang mengalami bencana kebakaran ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) akan menyalurkan bantuan segera seperti pakaian, tuala mandi, keperluan penjagaan kebersihan diri, beg pakaian, selimut. Selain itu, makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, air minuman, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Jumlah penduduk yang bakal menerima bantuan ini adalah sekitar 36 orang.

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen bantuan segera ini dan semoga sumbangan yang dihulurkan akan meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran yang terlibat.

Semoga dengan derma yang kita hulurkan, kita tergolong dalam golongan yang akan mendapat pertolongan Allah SWT. Nabi SAW bersabda bahawa:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini