YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 04, 2023

INFAQ BANTUAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF

RM555 / 9.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan keperluan asas dan makanan untuk anak-anak tahfiz asnaf yang memerlukan. Jom kita bantu mereka!


Sesungguhnya anak-anak tahfiz yang sedang mengikuti pembelajaran Al-Quran dan hafazan di pusat-pusat tahfiz adalah anak-anak istimewa yang pastinya dimuliakan Allah SWT kerana mereka sentiasa berdamping dengan ayat-ayat Allah. Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka.”(HR. Muslim)



Program ziarah kami ke beberapa pusat-pusat tahfiz persendirian di sekitar negeri Johor baru-baru ini melihat sendiri aktiviti harian yang dijalankan oleh mereka yang mana anak-anak tahfiz sungguh tekun mempelajari dan menghafaz Al-Quran selain melaksanakan ibadah wajib dan sunat. Sebahagian mereka adalah anak yatim miskin dan sebahagian lagi adalah anak-anak asnaf. Anak-anak ini tidak dikenakan bayaran kepada mereka dan ianya dibiayai oleh sumbangan dan sedekah dari orang ramai.



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap anak-anak tahfiz asnaf ini, maka pihak Yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan seperti Al-Quran, buku dan peralatan menulis, minyak wangi yang boleh dibawa solat, produk pembersihan seperti sabun mandi, berus gigi dan sebagainya serta keperluan makanan asas kering seperti beras, telur, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya. Bantuan ini akan disalurkan kepada tiga buah pusat tahfiz persendirian di sekitar Negeri Johor yang menanggung sekitar 150 orang pelajar.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat anak-anak tahfiz asnaf yang diraikan terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”(Fathir:29)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat