YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 19, 2022

BANTUAN MAKANAN UNTUK PELAJAR YATIM TAHFIZ QURAN

RM1,717 / 24.53 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

92 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan untuk pelajar tahfiz golongan anak yatim. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Pelajar tahfiz adalah golongan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Mereka adalah golongan yang di Sabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu: “Sesungguhnya bagi Allah terdapat ahli-Nya dikalangan manusia. Mereka bertanya, hai Rasulullah siapakah mereka? Jawab Baginda SAW, mereka ialah ahli Al-Quran, ahlullah dan yang diistimewanya. (HR An-Nasa’i).


Namun, di pusat-pusat tahfiz persendirian yang dilawati oleh skuad kami mendapati ramai pelajar tahfiz yang ditemui adalah golongan anak-anak yatim. Mereka dijaga dan dipelihara oleh pusat-pusat jagaan dengan bantuan ihsan dari orang ramai.



Mereka perlukan makan minum, pakaian dan duit belanja untuk kehidupan seharian mereka. Namun, situasi semasa ekonomi negara ketika ini yang tidak menentu telah menyebabkan pusat-pusat jagaan anak-anak yatim persendirian tertekan untuk terus beroperasi apabila harga barangan asas makanan melambung tinggi.



Atas rasa simpati dan ihsan terhadap pelajar-pelajar tahfiz golongan anak-anak yatim ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada mereka khususnya untuk pusat-pusat jagaan persendirian di sekitar Lembah Klang, Selangor dan negeri Johor berupa barangan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Sasaran bantuan adalah untuk lima buah pusat tahfiz anak yatim yang mempunyai pelajar sekitar 150 orang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini semoga pelajar-pelajar tahfiz anak yatim ini dapat meneruskan pembelajaran dan hafazan Al-Quran mereka dengan sempurna. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta keampunan oleh Allah SWT.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”.

(Surah Al-Hadid : 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat