YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 21, 2023

BANTUAN UNTUK PENIAGA HILANG MATA PENCARIAN

RM150 / 0.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat musibah kebakaran yang dihadapi oleh pemilik kedai makan. Jom bantu!


Kehidupan ini tidak semestinya indah sepanjang masa seperti pepatah melayu ada mengatakan ‘disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Itulah yang ditanggung oleh seorang pemilik kedai makan di Parit Sikom, Pontian Johor apabila kedai yang menjadi tempat mencari rezeki untuk anak-anak dan isteri telah musnah dijilat api. Tidak ada apa yang tinggal selain hanya kesan runtuhan yang amat menyedihkan.



Ziarah kami baru-baru ini ke kawasan tersebut mendapati kedai makan yang terbakar telah musnah hampir seratus peratus. Pemilik kedai yang merupakan penduduk kampung di kawasan tersebut buntu mengenangkan nasib yang menimpa beliau dan keluarga. Amat sukar untuk digambarkan betapa payahnya untuk membina semula perniagaan yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu yang kini telah musnah.



Atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pemilik kedai makan ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan ahli keluarganya disaat ketika kita sedang menghadapi keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang tidak menentu khususnya mengenai kenaikan harga barangan keperluan. Justeru itu, pihak yayasan akan menyalurkan sedikit bantuan kewangan yang boleh digunakan oleh pemilik kedai untuk membina semula kedai makan yang telah musnah serta bantuan-bantuan lain seperti bekalan makanan asas kering untuk keluarga ini meneruskan kehidupan.



Nabi SAW ada bersabda bahawa: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen bantuan segera ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan meringankan beban yang ditanggung oleh pemilik kedai makan ini dan ahli keluarganya. Semoga bantuan yang dihulur akan menjadi infaq yang bermakna untuk kita sebagai saksi amalan di akhirat kelak kerana membantu saudara sesama Islam ketika dalam kesusahan.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat