YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 19, 2022

PESAKIT ASNAF MEMERLUKAN BANTUAN PERUBATAN

RM3,420 / 57.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

133 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh keluarga asnaf yang menjaga pesakit buah pinggang kronik. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum WBT. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 telah tamat pada tahun ini, dan rakyat boleh hidup seperti sediakala, namun kesan yang ditinggalkan terhadap tiga keluarga asnaf yang ditemui oleh skuad kami begitu besar dalam hidup mereka. Ketua keluarga yang diharapkan untuk menyara keluarga telah diduga dengan sakit buah pinggang kronik yang tidak memungkinkan mereka boleh berkerja. Sejak dari dari PKP tahun lalu, mereka telah kehilangan kerja dan baru-baru ini pula, suami atau tiga orang ketua keluarga ini telah disahkan oleh pihak hospital mengidap penyakit buah pinggang. Keluarga ini diibaratkan seumpama ‘telah jatuh ditimpa tangga’.



Dengan keadaan anak-anak mereka yang masih bersekolah kesemuanya ditambah pula hanya suami sahaja yang diharapkan untuk mencari rezeki ketika sihat dahulu, maka kehidupan keluarga asnaf ini begitu menyedihkan. Justeru itu, melalui pertemuan dengan ahli keluarga mereka ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk membantu mereka ini dengan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital, susu khas, makanan asas kering seperti beras, bihun, tepung gandum, minyak masak, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Tiga keluarga asnaf ini yang tinggal di Lembah Klang masih belum menerima bantuan dari mana-mana pihak termasuk pihak berwajib. 




Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dan keluarga asnaf ini dan semoga dengan bantuan yang diberi, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang sedang ditanggung oleh mereka. Pesan Rasullulah SWT: “Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah, bentengilah harta kalian dengan zakat, dan siapkanlah doa untuk menghadapi musibah” (Riwayat Baihaqi).



Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim).


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat