YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 10, 2023

BANTUAN UNTUK ASNAF YANG TERLANTAR SAKIT

RM1,430 / 20.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama meringankan beban yang ditanggung oleh golongan asnaf yang terlantar sakit. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Nikmat kesihatan adalah nikmat yang paling besar dalam kehidupan seseorang insan selepas nikmat iman dan Islam. Namun, sekiranya sakit menimpa diri, kita dianjurkan untuk mendapatkan rawatan khususnya di klinik atau hospital. Bagi golongan asnaf dan miskin apabila ditimpa sakit, sudah pasti mereka tidak dapat bekerja atau mencari rezeki dan lantaran itu, keluarga dan anak-anak akan menanggung kesusahan.



Lawatan team kami baru-baru ini di dua buah hospital di Selangor, menemui beberapa pesakit asnaf yang sedang mendapatkan rawatan. Mereka adalah golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan kita semua untuk meneruskan kehidupan. Mereka ada keluarga yang perlu disara khususnya anak-anak yang masih bersekolah. Apabila mereka terlantar di hospital, sudah pasti tiadalah pendapatan yang boleh dibawa pulang untuk keluarga.



Tersentuh hati dan atas rasa simpati terhadap golongan asnaf yang terlantar sakit ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit seperti lampin pakai buang, tuala kering dan basah, ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan sebagainya yang difikirkan perlu serta sedikit bantuan kewangan. Sasaran bantuan ini akan diberikan kepada 30 orang pesakit asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini demi membantu golongan asnaf yang terlantar sakit. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung pesakit dan ahli keluarga mereka.



Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR. Abu Daud)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Al-Baqarah: 271)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat