YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 30, 2022

PESAKIT KRONIK PERLUKAN BANTUAN

RM1,685 / 21.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

86 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit asnaf yang kritikal


Assalamualaikum W.B.T. Sesungguhnya tidak seorang pun yang mahukan sakit. Nikmat kesihatan merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya. Dengan kesihatan yang baik, sudah pasti kita akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini. Walaubagaimanapun, sekiranya sakit, agama menyuruh kita untuk mencari penawar atau berubat bagi merawat sakit yang dihadapi.


Namun hakikatnya, pesakit stroke dan kanser tidak boleh tinggal di hospital kerajaan selama mana yang mereka mahu. Apabila cukup tempoh, mereka terpaksa dirawat di rumah oleh ahli keluarga. Keperluan yang diperlukan oleh pesakit-pesakit ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi. 



Justeru itu, melalui pertemuan dengan ahli keluarga mereka ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk membantu golongan pesakit-pesakit kronik asnaf khususnya pesakit yang terlantar seperti pesakit stroke / lumpuh dan pesakit kanser kritikal dengan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit seperti lampin pakai buang, tisu basah, susu khas, ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan sebagainya. Pihak yayasan juga akan menyalurkan sedikit bantuan kewangan bagi kos pengangkutan ulang-alik ke hospital. Mereka yang akan menerima bantuan ini berjumlah 10 orang pesakit yang berada di sekitar lembah Klang.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit-pesakit asnaf ini dan semoga dengan bantuan yang diberi ,ia dapat meringnakan beban yang sedang ditanggung oleh ahli keluarga / penjaga pesakit. Pesan Rasullulah SWT: “Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah, bentengilah harta kalian dengan zakat, dan siapkanlah doa untuk menghadapi musibah” (Riwayat Baihaqi).



Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat