YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 29, 2022

BANTUAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ PAHANG

RM4,650 / 58.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

240 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban akibat musibah kebakaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahfiz. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita mengenai 33 Pondok Tahfiz Madrasah Al-Imaniyah Kampung Darat, Sungai Ular, Kuantan musnah dalam kebakaran. Syukur kepada Allah SWT apabila tiada kemalangan jiwa berlaku kepada pelajar tahfiz namun yang menyedihkan apabila barangan dan keperluan milik mereka seperti pakaian, kitab termasuk Quran, tilam, bantal dan sebagainya serta barangan makanan musnah dan tidak ada yang boleh diselamatkan. 



Atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pelajar-pelajar tahfiz ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban yang mereka hadapi khususnya ketika rakyat sedang menghadapi keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang tidak menentu khususnya mengenai kenaikan harga barangan keperluan.



Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan berupa kelengkapan dan keperluan diri seperti tilam, bantal dan selimut, jubah, kain pelikat dan kopiah serta sedikit bantuan kewangan bagi mereka membeli bekalan makanan asas. Dianggarkan pelajar tahfiz yang terlibat adalah seramai 30 – 40 orang.



Nabi SAW ada bersabda bahawa: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen bantuan segera ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar-pelajar tahfiz yang terlibat serta diharap ia menjadi penguat semangat untuk mereka meneruskan pengajian tahfiz Al-Quran.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat