YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 18, 2023

SUMBANGAN YURAN KELAS MENGAJI AL-QURAN ANAK-ANAK ASNAF

RM1,707 / 34.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk menghulurkan bantuan bayaran yuran mengaji Al-Quran untuk anak-anak asnaf. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Walaupun hidup dalam keadaan serba-serbi susah, pegangan agama perlu dijadikan keutamaan untuk bekalan dunia dan akhirat. Sesungguhnya, panduan bekalan yang utama untuk menjadi insan yang diredhoi oleh Allah SWT adalah mempelajari Al-Quran. Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam. Untuk itu, sejak kecil lagi, anak-anak perlu diajar membaca Al-Quran sebagai langkah pertama untuk mereka mengenali Kalam Allah. Bagi yang membaca dan mengamalkannya akan mendapat pahala bahkan akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT. Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya:


“Orang yang paling baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR. al-Tirmizi)



Ziarah kami ke surau di kawasan PPR di Lembah Klang baru-baru ini meraikan anak-anak asnaf yang sedang mengaji Al-Quran dengan dibimbing oleh seorang ustaz. Anak-anak asnaf ini sungguh tekun mempelajari bacaan Al-Quran. Banyak sesi kelas yang diadakan bergantung kepada waktu sesuai anak-anak ini. Ada sesi tengah hari, selepas asar dan selepas maghrib. Pihak kami difahamkan bahawa mereka ini membayar sekitar RM25–RM30 sebulan untuk tenaga pengajar yang datang mengajar.



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap anak-anak asnaf ini mengaji Al-Quran dalam keadaan ibu bapa mereka adalah orang susah. Maka pihak Yayasan terpanggil untuk menyalurkan bantuan keperluan untuk anak-anak ini seperti Quran, kitab Iqra’, penanda buku, beg sandang dan peralatan menulis serta sedikit bantuan kewangan yang membolehkan anak-anak ini membayar yuran kepada guru yang mengajar. Bantuan ini akan menyasarkan anak-anak asnaf yang berjumlah 150 orang yang berada di beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Lembah Klang khususnya di kawasan PPR. 



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program yang mulia ini demi melihat anak-anak asnaf terus istiqamah dan tekun untuk mempelajari ayat-ayat suci Al-Quran. Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini, generasi celik Al-Quran akan terus subur di negara kita dan sumbangan yang dihulur akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Fathir: 29)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2023

ZAIMA ABD AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat