YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 26, 2023

SEDEKAH NASI BUNGKUS UNTUK ANAK YATIM ASNAF DI HARI JUMAAT

RM530 / 13.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menjayakan program sedekah nasi bungkus untuk anak yatim asnaf. Jom kita santuni mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sesungguhnya beruntunglah kita yang dapat dipertemukan dengan hari jumaat. Hari jumaat merupakan hari yang begitu istimewa jika dibandingkan dengan hari-hari lain. Oleh sebab itulah hari jumaat dikenali sebagai penghulu segala hari ataupun Sayyidul-Ayyam. 



Mengenai keistimewaan hari jumaat, Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” (HR. al-Bukhari)



Sebagai menyahut seruan Rasullullah SAW tentang keistimewaan hari jumaat, maka untuk minggu ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan meneruskan program sumbangan nasi bungkus iaitu khusus untuk anak-anak yatim asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang. Sasaran pemberian nasi bungkus percuma ini akan diagihkan kepada anak-anak yatim asnaf dalam anggaran 300 orang yang berada di kawasan-kawasan tertentu seperti di kawasan penempatan asnaf Majlis Agama Islam Selangor, kawasan perumahan PPR dan dan kawasan-kawasan lain seperti di kawasan kampung nelayan kecil.



Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." (HR. Bukhari dan Muslim)



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi menyantuni anak-anak yatim asnaf. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dan keampunan dari Allah SWT. 



Nabi SAW bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, niscaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.”

(HR. Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, al-Hakim, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat