YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 27, 2022

ANAK YATIM ASNAF PERLUKAN KEPRIHATINAN KITA

RM1,195 / 17.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

73 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama membantu anak-anak yatim yang memerlukan bantuan dengan berinfaq makanan dan keperluan asas harian mereka. Jom bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Kehidupan tanpa kehadiran ibu bapa amat memilukan apatah lagi sekiranya anak-anak sedang membesar. Bukan sahaja anak-anak memerlukan kasih sayang ibu bapa tetapi yang lebih utama adalah tempat bergantung hidupnya anak-anak. Sudah tentulah apabila anak-anak kehilangan tempat bergantung. Maka untuk meneruskan kehidupan, pusat-pusat jagaan anak yatimlah yang akan menjadi pilihan untuk meneruskan kehidupan.



Program ziarah skuad kami ke beberapa buah pusat jagaan anak yatim persendirian di Selangor baru-baru ini telah mendorong pihak Yayasan untuk membantu pusat-pusat jagaan ini yang beroperasi hanya bergantung dengan ihsan dan bantuan dari masyarakat setempat bagi memastikan agar keperluan hidup anak-anak yatim yang dijaga sentiasa mencukupi bagi mengharungi kehidupan seharian.



Pihak yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun. Ia juga merangkumi keperluan harian mereka seperti barangan penjagaan kebersihan contohnya sabun mandi, ubat gigi, tuala mandi dan sebagainya serta termasuk sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Bantuan ini akan melibatkan kepada anak-anak yatim yang berjumlah 90 orang yang tinggal di rumah-rumah jagaan anak yatim milik persendirian atau yang tinggal bersama keluarga dan saudara-mara di Selangor dan Lembah Klang dari kumpulan atau golongan asnaf.



Oleh itu, pihak kami berharap agar Tuan/Puan dapat bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi melihat anak-anak yatim dapat terus dibantu bagi menjalani kehidupan seharian mereka dengan sempurna. Semoga sumbangan yang dihulur akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (HR. Ahmad)



Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Demi Allah yang telah mengutusku dengan haq. Allah tidak akan mengazab pada hari kiamat orang yang mengasihi anak yatim, dan lemah lembut pada anak yatim dalam bicaranya, dan mengasihi orang itu pada kemalangan dan kesusahan yatim itu, dan ia tidak sombong terhadap jirannya karena sebab kelebihan yang diberikan Allah padanya.” (HR. Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 07, 2023

MOHD YUSOFF BIN YAHAYA

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat