YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 17, 2023

SUMBANGAN KEPERLUAN UNTUK WARGA EMAS ASNAF

RM695 / 9.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan keperluan dan makanan asas harian untuk warga emas asnaf yang hidup dalam kesusahan. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sesungguhnya apabila umur telah dimamah usia, kudrat tidak lagi sekuat ketika usia muda. Ditambah pula sekiranya ketika usia tersebut, keadaan kewangan tidak menentu dan hidup dalam kesusahan, sudah pastilah masyarakat diperlukan bagi memainkan peranan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka. Begitulah nasib bagi golongan warga emas asnaf yang mana mereka tidak lagi mampu untuk berkerja mencari rezeki namun hidup perlu diteruskan.



Pertemuan kami dengan beberapa orang warga emas asnaf baru-baru ini, di Selangor amat menyedihkan apabila mereka ini hidup dengan bantuan saudara mara dan orang ramai. Mereka ini tidak lagi mampu bekerja untuk menyara kehidupan dan sebahagiannya tidak mempunyai keluarga. Walaupun ada menerima bantuan dari pihak Zakat Selangor, namun jumlahnya amatlah minimum dan mereka masih memerlukan bantuan dari pihak luar.



Menyedari akan kesusahan yang mereka hadapi, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30-40 orang warga emas asnaf dan miskin yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan warga emas asnaf agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud:


“Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta-harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai yang mana pada setiap satu tangkai itu mempunyai 100 biji benih. Dan Allah melipatgandakan (pahala) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 261)



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat